Misi

aplikasi penghantaran makanan di Malaysia

Misi ialah sebuah pelantar perkhidmatan penghantaran dan pemesanan makanan dalam talian berkonsepkan sosial[1] yang beroperasi di Malaysia sejak akhir 2021.[2] Makanan yang dipesan dihantar oleh penghantar menggunakan motorsikal atau kereta. Ia dimiliki oleh syarikat Bangsa Bertauhid Sdn Bhd.[3]

Misi
Jenis/bentuk sahProduk
IndustriPemesanan makanan dalam talian
DitubuhkanSeptember 2021; 2 tahun yang lalu (2021-09)
PengasasNur Ahmad Faiz Mohd Azmi
Ibu pejabatMalaysia
Kawasan perkhidmatanMalaysia
PerkhidmatanPenghantaran makanan
Syarikat indukBangsa Bertauhid
Tapak webmisirakyat.com
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Sejarah sunting

Bangsa Bertauhid Sdn Bhd, sebuah syarikat yang dimiliki oleh Nur Ahmad Faiz Mohd Azmi telah mengendalikan sebuah pelantar meraih dana awam, Misi Rakyat ketika kemuncak penularan wabak COVID-19 di Malaysia. Kemudian, Misi Rakyat turut memulakan aplikasi penghantaran makanan pada akhir 2021.[3]

Penubuhan aplikasi ini adalah bagi membantu para penghantar yang selama ini berdepan dengan masalah kadar upah rendah ditetapkan syarikat induk. Pemilik aplikasi ini tidak mengambil untung, bagi membolehkan pihak peniaga boleh mengekalkan harga dan keuntungan makanan mereka, sementara pihak penghantar dapat menikmati keuntungan sepenuhnya daripada penghantaran yang mereka lakukan.[4]

Rujukan sunting

  1. ^ "Alternatif selain Grab Food - Jom baca". rilekbrother.com (dalam bahasa Inggeris). 2024-01-17. Dicapai pada 2024-03-06.
  2. ^ Tahir, Sudirman Mohd (2022-11-27). "'Sistem ini telus, tidak ada ruang kehilangan satu sen pun'". Harian Metro (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-03-06.
  3. ^ a b "JPDP siasat syarikat Bangsa Bertauhid atas 'ketirisan data'". Malaysiakini. 2023-07-14. Dicapai pada 2024-03-06.
  4. ^ SYAZIE, KIM (2022-08-20). "Berlegar di media sosial kelibat syarikat penghantar makanan yang baru, rider dah mula tinggalkan Grab ke?". Malaysia Dateline (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-03-06.