Mitokondrion

Mitokondrion merupakan suatu bahagian yang terdapat di dalam sesebuah sel. Mitokondrion adalah suatu organel berbentuk rod dan sfera di dalam sitoplasma. Mitokondrion mempunyai dua membran iaitu:


1- Membran dalam
2- Membran luar

Membran DalamSunting

Membran dalam merupakan membran khusus yang tidak telap kepada kebanyakan ion kecil termasuklah H+, Na+, K+. Ia juga tidak telap kepada glukosa, piruvat, suksinat, α-ketoglutarat, sukrosa, malat, sitrat, glutamat, aspartat, NAD+, NADP+, NADH, NaDPH, CTP, GTP, CDP, ATP, ADP dan GDP.

Membran dalam mitokondrion wujud dalam bentuk berkrista, iaitu lingkaran yang menambahkan luar permukaan membran itu.

Enzim kompleks ATP sintase (atau ATPase) terdapat di permukaan membran dalam sebagai zarah berbentuk sfera yang mengarah ke dalam metriks mitokondrion.

Membran luarSunting

Membran luar ini telap kepada kebanyakan ion dan molekul kecil.

Mitokondrion mempunyai membran unit luar yang licin dan membran dalam yang berlipat-lipat.

FungsiSunting

Mitokondrion berfungsi sebagai rumah sel, iaitu pusat penghasilan tenaga di dalam sel. Adenosil trifosfat (ATP) akan dihasilan dalam mitokondrion semasa tindak balas respirasi aerob.

Lihat jugaSunting

Bahagian lain di dalam sel:

Organel sel
Akrosom | Dinding sel | Membran sel | Kloroplas | Silium/Flagelum | Sentrosom | Sitoplasma | Retikulum endoplasma | Jasad / perkakas Golgi | Lisosom | Melanosom
Mitokondrion | Miofibril | Nukleus | Parentesom | Peroksisom | Plastid | Ribosom | Vakuol | Vesikel