Muhammad Husein Gaza
Muhammad Husein (Arab: محمد حسين ) atau Muhammad Husein Gaza, lahir 7 April 1988 di Cileungsi, Bogor ialah seorang aktivis dan Penggiat YouTube dari Indonesia. Sejak 5 Januari 2011, beliau telah menetap di Genting Gaza, Palestin sebagai wartawan dan penulis. Beliau menamatkan ijazah sarjana mudanya di Universiti Islam Gaza. Beliau juga seorang hafizh dan qari Al-Quran.
Muhammad Husein | ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Kelahiran | ||||||||||
Warganegara | Indonesia | |||||||||
Kerakyatan | Indonesia | |||||||||
Pendidikan | Universiti Islam Gaza | |||||||||
Pekerjaan | ||||||||||
Tahun aktif | 2011–kini | |||||||||
Organisasi | INH (International Networking For Humanitarian) | |||||||||
Ketinggian | 175 cm (5 ka 9 in) | |||||||||
Pasangan | Jinan Adjie Muslim | |||||||||
Anak-anak | 2 | |||||||||
Ibu bapa | Ust. Adjie Muslim (Ayah) Siti Fatimah (Ibu) | |||||||||
Keluarga | Adjie Muslim | |||||||||
Tanda panggilan |
| |||||||||
Maklumat YouTube | ||||||||||
Saluran | ||||||||||
Dicipta oleh |
| |||||||||
Tahun aktif | 2011–kini | |||||||||
Pelanggan | 12,8 juta | |||||||||
Jumlah tontonan | 75 miliar | |||||||||
| ||||||||||
Dikemaskini pada 21 Disember 2024 |
Husein hadir bersama 120 aktivis kemanusiaan dari pelbagai negara di benua Asia. Dia berkahwin dengan seorang wanita Palestin asli bernama Jinan pada tahun 2014.
Kehidupan awal
suntingMuhammad Husein, ialah putera kepada Ustadz Adjie Muslim dan Siti Fatimah. Semasa kecil, beliau sudah dikenal sebagai anak yang pintar. Dia telah menghafalkan lebih dari separuh surat yang ada di dalam Al-Qur'an dan fasih dalam empat bahasa. Bahasa Indonesia, Sunda, Inggeris dan Arab.[1] Dia bekerja sebagai guru peribadi sederum menguruskan ma'had tahfidz Al Qur'an Al Fatah. “Para syeikh dan asatidz di lingkungan pesantren selalu menanamkan semangat jihad dengan misi meninggikan kalimat Allah,” Husein Gaza mengatakan alasannya berani merantau ke Palestin kepada wartawan Anadolu Ajansi (media akhbar Türkiye).
Kerjaya
sunting2010-2012
suntingHusein Gaza menyampaikan salam perpisahannya kepada orang tua, saudara-saudara dan murid-muridnya sebelum pergi merantau bersama perarakan solidariti 'Asia to Gaza'. Selepas tiba di Gaza, dia menyertai kumpulan aktivis NGO bernama MERC-C. Untuk pertama kalinya dia bertemu dengan dua voluntir Indonesia yang datang lebih awal. Abdillah Onim dari Maluku dan Nur Ikhwan, mereka kemudian mengawasi projek penubuhan Hospital Indonesia di Gaza. Muhammad Husen bermastautin di Bandar Az-Zahra, bahagian tengah wilayah Genting Gaza dan meneruskan pendidikannya di kepujian syariah Universiti Islam Gaza.
Pada tahun-tahun ini, Muhammad Husein mulai mengenal YouTube. Laman web dengan teknologi baharu yang mana pengguna telah berdaftar boleh berkongsi dan memuat naik/turun video. Dia membuat akaunnya dengan nama Muhammad Husein Gaza. Gaza sendiri ialah nama/sempena nisbat (istilah penamaan dalam bahasa Arab) ke wilayah tempat ia mastautin. Video-video buatan awalnya perlahan menjadi popular di Palestin dan Indonesia.
2013-2022
suntingKehidupan peribadi
suntingMuhammad Husein Gaza membesar dalam kehidupan Pondok Pesantren Al-Fatah, Kecamatan Cileungsi, Kabupaten Bogor, Provinsi Jawa Barat. Dia meneruskan pendidikan tinggi dan mendapatkan gelar associate di STAI Al-Fatah. Dia kemudian menamatkan kepujiannya di Universiti Islam Gaza. Muhammad Husein Gaza memiliki dua orang putera dari perkahwinannya dengan Jinan Adjie Muslim. Ramadhan Abu Jazar dan Waleed Abu Jazar.[2][3]
Rujukan
sunting- ^ "Gaza serasa kampung halaman". www.aa.com.tr. Dicapai pada 2024-12-21.
- ^ Hidayati, Anisa Nabilah. "Ramadhan Abu Jazar akan Membawa Semangat Anak Gaza di Kotamu! Membentuk Generasi Pejuang - Jambi Line". Ramadhan Abu Jazar akan Membawa Semangat Anak Gaza di Kotamu! Membentuk Generasi Pejuang - Jambi Line (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 2024-12-21.
- ^ Humas (Hubungan Masyarakat) (2024-09-07). "Aktivis Palestina, Husein Gaza Kunjungi PMDG". Pondok Modern Darussalam Gontor (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 2024-12-21.