Muhammad Ismail Abdul Latiff
Tuan Muhammad Ismail bin Abdul Latif ialah seorang tokoh politik yang memegang jawatan sebagai Menteri Besar Selangor dari 1956 hingga 1958.
Muhammad Ismail bin Abdul Latiff | |
---|---|
Menteri Besar Selangor Ke-5 | |
Dalam jawatan 1956–1958 | |
Raja | Sultan Hisamuddin Alam Shah ibni al-Marhum Sultan Alauddin Sulaiman Shah |
Didahului oleh | Abdul Aziz Abdul Majid |
Digantikan oleh | Abdul Jamil Abdul Rais |
Butiran peribadi | |
Lahir | 1894 |
Meninggal dunia | 1976 (umur 81-82) |
Pasangan | Datin Maznah |
Anak-anak | Ramli Ayoub Salleh Hajijah Mahathir |
Kehidupan AwalSunting
Muhammad Ismail dilahirkan kepada Dr Abdul Latiff dan Che Safiah.[1] Dr Abdul Latiff merupakan doktor Melayu pertama di Kuala Lumpur manakala datuknya Abdul Razak ialah Majistret Melayu pertama di Selangor.[2] Adiknya ialah Tan Sri Yaakob Latiff, seorang Datuk Bandar Kuala Lumpur.
KerjayaSunting
Pada tahun 1933, Muhammad Latiff dilantik sebagai pegawai Melayu di Seremban. Setelah menjadi Setiausaha Negeri Selangor, beliau telah dilantik agar menjadi Menteri Besar Selangor.
Beliau menyandang jawatan l Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam sebelum bersara.
RujukanSunting
- ^ Abd Rashid, Faridah (2012). Biography Of The Early Malay Doctors 1900-1957 Malaya And Singapore. Xlibris Corporation. m/s. 242. ISBN 9781477159941.
- ^ "Sejarah Menteri Besar Selangor". Laman Web Rasmi Kerajaan Selangor Darul Ehsan.