Muzium Alam Semulajadi

Muzium Alam Semulajadi ialah sebuah muzium di Presint 15, Putrajaya, Malaysia. Muzium ini menampilkan sejarah kekayaan Khazanah alam di Malaysia yang merangkumi flora dan fauna, batu-batuan, mineral serta fosil. Terdapat lebih dari 600 spesiment mamalia dan serangga turut dipamerkan sebagai tarikan para pelawat ke muzium ini.

Muzium Alam Semulajadi

Muzium ini kecil sahaja dan terbahagi kepada dua tingkat. Tingkat satu adalah pameran haiwan-haiwan, manakal tingkat dua, mereka menyediakan rancangan hiburan untuk kanak-kanak. Selain itu pameran khas yang bertukar ganti turut di adakan di tingkat dua, contohnya pameran serangga dan katak.

Antara pameran yang dipertengahkan termasuk pameran burung, bertujuan memupuk kesedaran dan pemahaman dalam kalangan orang ramai tentang keunikan fauna di sekeliling mereka. Pameran itu termasuk model sarang bowerbird juga dipamerkan.

Apa yang menarik tentang burung bowerbird ini adalah sarang­nya dihiasi barangan kitar semula seperti penyedut minuman dan botol berwarna warni bagi menarik perhatian burung betina.

Selain itu, hasil seni berkaitan burung dipamerkan termasuk jebak, pintu ukiran dan sangkar bagi mencerminkan budaya masyarakat tempatan yang begitu sinonim dengan haiwan tersebut sejak dahulu lagi.[1]

Muzium Alam Semulajadi turut menganjurkan program kreativiti hujung minggu kepada pengunjung bersempena pameran Permata Lautan, baru-baru ini. Kesemua barangan asas telah disediakan oleh pihak muzium dan peserta boleh menyiapkan sebarang hasil kraftangan.[2]

Rujukan sunting

Pautan luar sunting