Muzium Belia Malaysia

Muzium Belia Malaysia ialah sebuah muzium yang terletak di No. 430, Jalan Laksamana, Melaka, Malaysia. Bangunan ini terdahulu menempatkan Pejabat Pos Besar, Melaka. Muzium ini berfungsi sebagai pusat dokumentasi kegiatan belia yang mempamerkan bahan-bahan dan maklumat yang berkaitan dengan aktiviti Persatuan Belia di Malaysia dan antarabangsa.

Muzium Belia Malaysia

Bahan utama pameran adalah gambaran tokoh-tokoh pemimpin belia, piala, pakaian seragam dan sebagainya.

Muzium Belia Malaysia telah dirasmikan oleh Tun Dr. Mahathir bin Mohammad,Perdana Menteri Malaysia pada 15 April 1992. Bangunan Ini pada asalnya merupakan sebahagian daripada kompleks Pejabat Pentadbiran Belanda. Ia dijadikan sebagai Sekolah Anglo-Chinese (sekarang dikenali sebagal Sekolah Tinggi Melaka).

Objektif Penubuhan sunting

Untuk mewujudkan satu pusat dokumentasi kegiatan belia yang induk bagi tujuan kajian dan informasi. Untuk menyimpan segala rekod dan butir kegiatan belia secara sistematik dan teratur yang mengandungi sejarah penubuhan kelab dan pertubuhan belia dari seluruh negara. Untuk menimbulkan kesedaran masyarakat khususnya golongan belia mengenai sumbangan kegiatan belia kepada masyarakat, bangsa dan negara.

Bayaran Masuk sunting

Dewasa : RM1 Kanak-kanak/Pelajar:50 sen

Waktu Operasi sunting

9.30 pagi - 5.30 petang (Ditutup pada hari Isnin)

Lihat Juga sunting