Muzium Kecantikan
Muzium Kecantikan terletak di Aras 2 Muzium Rakyat, Melaka. la telah dibuka kepada orang ramai pada tahun 1996.
Pameran ini meliputi jangka masa yang panjang, dari zaman pra-sejarah hingga zaman moden. la menyingkap budaya kecantikan pelbagai masyarakat di serata pelosok dunia. Kita dibawa melihat bagaimana setiap suku kaum mencipta keunggulan diri untuk kelihatan cantik pada kaca mata masyarakatnya walaupun terpaksa melalui pelbagai pantang larang dan menanggung kesakitan. Antara bentuk kecantikan ialah rajahan kulit atau tatu, memakai piring bibir, melonjongkan kepala dan membedung kaki.
Objektif Penubuhan
suntingUntuk membangkitkan kesedaran terhadap pentafsiran makna kecantikan yang ditinjau melalui perbandingan antara kebudayaan dan zaman yang berlainan. Untuk mempamerkan erti kecantikan dari pelbagai sudut menurut amalan budaya masyarakat dunia. Kecantikan diberi tafsiran baru berdasarkan kacamata masyarakat yang mengamalkan amalan hidup dan falsafah yang pelbagai.
Waktu Operasi
sunting9 pagi - 6 petang (Ditutup pada hari Isnin)