National Football League Draft

National Football League Draft ("Pengerahan Liga Bola Sepak Kebangsaan" - NFL) ialah suatu acara tahunan yang diadakan di mana pasukan-pasukan bola sepak Amerika utama dalam liga tersebut memilih mana-mana pemain baru yang berpotensi untuk dapat diasah atau mara bermain secara peringkat profesional di medan kebangsaan (yakni se-Amerika Syarikat). Pengerahan sebegini telah berlangsung sejak tahun 1936 dengan tujuan asal meningkatkan daya persaingan sesama pasukan memandangkan pasukan yang mempunyai rekod prestasi terburuk idealnya akan memilih calon sedia ada.

Setiap pasukan diberi posisi dalam penyusunan tatanan dalam urutan terbalik relatif terhadap catatannya pada tahun sebelumnya, yakni pasukan dalam kedudukan tempat terakhir diposisikan terlebih dahulu. Dari posisi sebegini, pasukan (dalam tempoh sebanyak 7 pusingan) dapat memilih pemain atau menukar posisinya ke pasukan lain untuk posisi draft lainnya, seberapa banyak pemain dperlukan atau kombinasi kedua-duanya. Pusingannya selesai ketika setiap pasukan memilih pemain atau menukar posisinya. Beberapa aspek draf, termasuk penentuan posisi pasukan dan jumlah putaran dalam draf telah dimtutakhirkan seberapa banyak kali namun metodologi asasnyanya tetap sama.