National September 11 Memorial & Museum

National September 11 Memorial & Museum (juga 9/11 Memorial & Museum) ialah sebuah tugu peringatan serta muzium di Bandar Raya New York yang dibina untuk mengenang peristiwa serangan 11 September pada 2001 yang membunuh 2,977 orang serta pengeboman World Trade Center 1993 yang membunuh enam orang.[4] Tugu peringatan ini dibina di tapak bangunan World Trade Center (WTC) sendiri yang dimusnahkan dalam serangan itu. Kompleks ini diuruskan oleh persatuan tidak berasaskan keuntungan yang bertugas untuk memperoleh dan menguruskan dana bagi pengurusan kompleks.

National September 11
Memorial & Museum
Fail:9.11 Memorial Wide Angle.jpg
Tugu peringatan (kawasan kolam) dan muzium (bangunan berkaca di tengah dan kanan kompleks)
Map
Maklumat umum
StatusDibuka
JenisTugu peringatan dan muzium
Lokasi180 Greenwich Street, New York, NY 10007
Amerika Syarikat
Koordinat40°42′42″N 74°0′49″W / 40.71167°N 74.01361°W / 40.71167; -74.01361Koordinat: 40°42′42″N 74°0′49″W / 40.71167°N 74.01361°W / 40.71167; -74.01361
Pembinaan bermula13 Mac 2006; 18 tahun yang lalu (2006-03-13)
PembukaanTugu peringatan:
11 September 2011; 12 tahun yang lalu (2011-09-11) (Para saudara)
12 September 2011; 12 tahun yang lalu (2011-09-12) (Awam)[1]
Muzium:
15 Mei 2014; 9 tahun yang lalu (2014-05-15) (Para saudara)[2]
21 Mei 2014; 9 tahun yang lalu (2014-05-21) (Awam)[3]
Maklumat ketinggian
BumbungTugu peringatan: Tapak World Trade Center berada di bawah tanah.
Muzium: Pavilion setinggi 66 hingga 75 kaki (20 hingga 23 m).
Reka bentuk dan seni bina
ArkitekMichael Arad daripada Handel Architects
Peter Walker and Partners
Davis Brody Bond
Snøhetta
Jurutera penstrukturan
WSP Global
BuroHappold Engineering (Muzium)
Laman sesawang
www.911memorial.org

Sejarah sunting

Pembinaan sunting

Pada 13 Mac 2006, para buruh binaan tiba di tapak WTC untuk mula bekerja dalam projek Reflecting Absence. Beberapa waris mangsa serta sebilangan penduduk berkumpul dan berprotes pada hari itu kerana inginkan tugu peringatan dibina di atas tanah. Walaupun begitu, presiden yayasan peringatan berkata bahawa pihaknya telah berbincang dan berkeputusan dengan waris-waris mangsa, dan kerja pembinaan terus dilakukan.[5][6] Pada Mei, kos pembinaan tugu peringatan dilaporkan telah melebihi $1 bilion.[7] Datuk Bandar Michael Bloomberg menyuarakan kebimbangan bahawa kos sebanyak itu adalah tidak wajar.[8]

Pada 2006, atas permintaan Bloomberg dan Gabenor George Pataki, pembina Frank Sciame menjalankan analisis selama sebulan termasuk keluarga mangsa, komuniti di Manhattan, para arkitek dan hakim pertandingan reka bentuk. Dengan ini, analisis mencadangkan perubahan pada reka bentuk yang membolehkan kos pembinaan dikurangkan kepada bajet di bawah $500 juta.[9][10]

 
The Survivors' Staircase, artifak pertama yang diletakkan di muzium.

Pada Julai 2008, Survivors' Staircase diletakkan di ke batuan dasar tapak, menjadikan ini sebagai artifak pertama yang diletakkan di muzium. Kawasan asas tapak siap menjelang akhir Ogos. Pada 2 September, para pekerja mendirikan tiang pertama berjisim 7,700-paun (3,500 kg) berdekatan tapak asal North Tower.[11] Pada masa itu, kira-kira 70 peratus kontrak pembinaan telah atau sedia diberi. Sebanyak 9,100 short ton (8,300 t) keluli dipasang di kawasan taman peringatan.[12] Pada April 2010, rangka keluli kawasan kolam telah dipasang sepenuhnya, dan 85 peratus konkrit telah dituang. Pada 22 April, kerja salutan granit pada kolam telah bermula. Penyalutan pada kolam utara siap pada Jun, dan para pekerja beralih ke kolam selatan. Pada Julai, hantaran tanah terawal tiba, dan pada Ogos, penanaman pokok di kawasan taman telah bermula. Ujian air terjun di kolam utara bermula pada November 2010.[13]

Pada 12 September 2011, hari selepas ulang tahun kesepuluh kejadian, taman peringatan dibuka kepada orang awam dengan peraturan ketat oleh pihak pengarah yayasan. Dari 11 September 2011 25 Mei 2014, kawasan taman berada dalam suatu "tempoh peralihan" tatkala kawasan taman dikelilingi projek-projek WTC lain.[14] Jumlah pelawat mencecah sejuta orang selepas kira-kira tiga bulan.[15]

Rujukan sunting

  1. ^ NY1 News (September 12, 2011). "Public Gets First Glimpse Of 9/11 Memorial". Diarkibkan daripada yang asal pada September 5, 2012. Dicapai pada September 12, 2011.
  2. ^ "Long delayed Sept 11 Memorial Museum inaugurated by Obama". United States News.Net. Diarkibkan daripada yang asal pada May 17, 2014. Dicapai pada May 15, 2014.
  3. ^ "National September 11 Memorial Museum opens". Fox NY. May 21, 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada May 21, 2014. Dicapai pada May 21, 2014.
  4. ^ "A Place of Remembrance". National Geographic. 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada November 5, 2014. Dicapai pada November 5, 2014.
  5. ^ Perez, Luis (March 14, 2006). "WTC memorial construction underway". Newsday. Diarkibkan daripada yang asal pada May 8, 2009.
  6. ^ Laura Trevelyan (March 13, 2006). "Work commences on 9/11 memorial". BBC. Diarkibkan daripada yang asal pada August 25, 2010. Dicapai pada May 19, 2010.
  7. ^ Melissa McNamara (May 5, 2006). "Sept. 11 Memorial Cost Jumps To $1B". CBS News. Diarkibkan daripada yang asal pada May 21, 2014. Dicapai pada May 21, 2014.
  8. ^ Karni, Annie (March 18, 2012). "Less than zero | New York Post". Nypost.com. Diarkibkan daripada yang asal pada May 21, 2014. Dicapai pada May 21, 2014.
  9. ^ "Sciame hints 9/11 names will move, museum may stay". Downtownexpress.com. Diarkibkan daripada yang asal pada September 23, 2015. Dicapai pada May 21, 2014.
  10. ^ Dunlap, David W.; Bagli, Charles V. (June 21, 2006). "Revised Design for 9/11 Memorial Saves Many Features and Lowers Cost". The New York Times. Diarkibkan daripada yang asal pada February 17, 2015. Dicapai pada May 21, 2014.
  11. ^ "Steel column for 9/11 memorial rises at Ground Zero". Newsday. Melville, New York: Newsday Inc. Associated Press. August 17, 2008. Diarkibkan daripada yang asal pada September 7, 2008.
  12. ^ "Steel Installation Begins for National September 11 Memorial & Museum at WTC Site" (Siaran akhbar). Port Authority of New York and New Jersey. September 2, 2008. Diarkibkan daripada yang asal pada May 16, 2009. Dicapai pada September 17, 2011.
  13. ^ Topousis, Tom (November 10, 2010). "9/11 memorial's fountains flow". New York Post. Diarkibkan daripada yang asal pada August 23, 2018. Dicapai pada September 11, 2019.
  14. ^ "Visitor Rules and Regulations". National September 11 Memorial & Museum. 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada August 12, 2012. Dicapai pada August 15, 2012.
  15. ^ CNN Wire Staff (December 29, 2011). "Visitors to New York's 9/11 memorial top 1 million". CNN. Diarkibkan daripada yang asal pada October 6, 2012. Dicapai pada December 29, 2011.

Pautan luar sunting