Negara Yahudi

"Negara Yahudi" ialah sebuah istilah politik yang digunakan untuk menyebut negara Israel.[1] Israel moden berdiri pada 14 Mei 1948 sebagai tanah air untuk orang Yahudi. Ini juga didefinisikan dalam pengisytiharaan kemerdekaannya sebagai "negara Yahudi," sebuah istilah yang juga muncul dalam keputusan pemisahan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada 1947. Istilah berkaitan "negara Yahudi dan demokratik" muncul dari perundangan pada 1992 oleh Knesset Israel.

Cadangan negara untuk YahudiSunting

Beberapa tempat, selain Palestin, sebenarnya sudah dipersiapkan oleh beberapa negara atau tokoh untuk menampung bangsa Yahudi menjadi sebuah negara atau daerah tersendiri. Antara lain Bandar Ararat oleh Mordecai Manuel Noah, Uganda atau Guyana oleh England, Komzet oleh Kesatuan Soviet, Madagascar oleh Jerman, Port Davey oleh Tasmania. Jepun juga sempat mempertimbangkan menampung pelarian Yahudi melalui Rancangan Fugu (dinamakan fugu sesuai dengan watak ikan yang terkenal enak dimakan namun berbahaya apabila salah mengolahnya).

RujukanSunting

  1. ^ Kessler, Glenn (2 October 2010). "Defining 'Jewish state': The term was coined by Theodor Herzl, founder of the modern Zionist movement. For some, the term has different meanings". The Washington Post.

Pautan luarSunting