Nia Daniaty
Nia Daniaty (lahir 17 April 1964) ialah seorang penyanyi dan pelakon Indonesia. Daniati telah mendapat kemasyhuran dengan single hits "Gelas-Gelas Kaca" dan juga sering menyanyi beberapa lagu yang ditulis oleh pemuzik kanan Rinto Harahap. Di samping itu, Daniati telah muncul untuk beberapa sinetron dan filem, termasuk Antara Dia dan Aku yang telah dicalonkan untuk Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Indonesia.
Nia Daniati | |
---|---|
Kelahiran | |
Nama lain | Nia |
Pekerjaan | Pelakon, pengacara, penyanyi |
Pasangan | Farhat Abbas (cerai) |
Anak-anak | Muhammad Hadi Angga Farhat |
Kerjaya muzik | |
Genre | |
Instrumen | Vokal |
Syarikat rakaman | |
Beliau juga telah menerbitkan beberapa album studio pada era 1980an dan 1990an semasa kerjaya muzik beliau.
Kehidupan peribadi Sunting
Pada tahun 1991, Daniati telah berkahwin dengan ahli perniagaan dari Brunei Mohammad Hisham pada 25 September di Jakarta dan kelahiran seorang anak perempuan. Selepas setahun kemudian, Daniati telah bercerai dengan suaminya. Pada tahun 2002, Daniati berkahwin kali kedua bersama peguam Farhat Abbas, yang muda 12 tahun daripadanya. Daniati juga telah menuntut kepada suaminya Abbas untuk mengekalkan rumah tangga, yang telah dikurniakan seorang anak lelaki.[1] Sebelum ini, Daniati tidak membenarkan Abbas untuk berpoligami.[2]
Pada tahun 2014, Daniati telah bercerai kepada Abbas, kerana mempunyai hubungan sulit dengan jurucakap beliau Regina Andriane Saputra, isteri ahli politik Ilal Ferhard.
Diskografi Sunting
- Country vol.1
- Nia Daniaty The Best Of Pop Bossas
- Nia Daniaty Mega Pop Intim Vol 3
- Nia Daniaty 15 Lagu Terbaik
- Tembang Asmara Vol. 1 (Siapa Tak Ingin Disayang)
- Tembang Asmara Vol. 3 (Masih Ada Cinta)
- Tembang Asmara Vol. 4 (Tak Ingin Seperti Dia)
- Tembang Asmara Vol. 6 (Aku Tak Ingin Dimadu)
- Tak Ingin Seperti Dia I (1993)
- Tak Ingin Seperti Dia II (1998)
- Tak Ingin Seperti Dia III (2016)
Filemografi Sunting
Tahun | Tajuk | Peranan | Catatan |
---|---|---|---|
1979 | Antara Dia dan Aku | Nur | Filem pertama Nominated – 1980 Indonesian Film Festival for Best Leading Actress |
1980 | Senyum untuk Mama | Peranan sokongan | |
1980 | Nostalgia di SMA | Anggra | Peranan sokongan |
1981 | Setetes Kasih di Padang Gersang | ||
2016 | Gelas Gelas Kaca |
Rujukan Sunting
- ^ KapanLagi (22 Disember 2004). "Nia Daniaty leaved by Farhat Abbas?". KapanLagi.
- ^ Dian Anditya Mutiara (28 Januari 2014). "Sebelum Ajukan Cerai, Nia Daniati Pernah Ditalak Farhat Abbas". Warta Kota.