Nicolas Sarkozy (IPA: [nikɔla saʁkɔzi]Mengenai audio inisebutan ) ialah Presiden Republik Kelima Perancis ke-6. Beliau adalah bekas Menteri Dalam Negeri dan ahli parti Union pour un mouvement populaire (UMP). Pada 6 Mei 2007, Sarkozy dipilih menjadi Presiden setelah menewaskan calon Parti Sosialis, Segolene Royal dalam pilihan raya presiden. Beliau menggantikan Jacques Chirac.

Nicolas Sarkozy
Presiden Republik Perancis
Putera Bersama Andorra
Dalam jawatan
16 Mei 2007 – 15 Mei 2012
PresidenJacques Chirac
Didahului olehJacques Chirac
Digantikan olehFrançois Hollande
Menteri Dalam Negeri Perancis
Dalam jawatan
7 Mei 2002 – 31 Mac 2004
31 Mei 200526 Mac 2007
Didahului olehDaniel Vaillant
Dominique de Villepin
Digantikan olehDominique de Villepin
François Baroin
Butiran peribadi
Lahir28 Januari 1955
Paris, Perancis
Parti politikUMP
Pasangan(1) Marie-Dominique Culioli k. 1982, c. 1996
(2) Cécilia Ciganer-Albeniz k. 1996

Sarkozy terkenal dengan pendirian konservatif mengenai isu-isu undang-undang dan pujiannya terhadap model ekonomi baru bagi Perancis, dengan cadangan bahawa negara tersebut sepatutnya mempunyai ekonomi yang lebih bebas, berdasarkan contoh-contoh Amerika Syarikat dan United Kingdom. Beliau sering digelar Sarko oleh penyokong dan pembangkangnya.

Setelah menjadi Presiden, Sarkozy telah melantik François Fillon sebagai Perdana Menteri Perancis.

Pada 6 Mei 2012, tempoh jawatan Sarkozy sebagai presiden menemui noktah apabila beliau kalah dalam pilihan raya 2012 kepada François Hollande pada beza undian 3.2%.[1]

Pada 1 Mac 2021, Sarkozy dijatuhkan hukuman penjara selama tiga tahun atas kesalahan rasuah. Bagaimanapun, mahkamah memerintahkan tempoh hukuman penjara selama dua tahun digantung dan bakinya dikenakan tahanan di rumah.[2]

Kehidupan sunting

Nicolas Paul Stéphane Sarközy de Nagy-Bocsa dilahirkan di Paris pada 28 Januari 1955. Bapanya merupakan imigran dari Hungary yang melarikan diri ketika penyerangan Kesatuan Soviet.

Selepas mendapat ijazah dalam bidang Undang-undang dan Sains Politik, beliau ditauliahkan menjadi peguam dan berkhidmat dalam bidang ini selama 20 tahun. Sarkozy memulakan kerjaya politiknya dalam Parti Gaullis. Beliau diundi menjadi Ahli Majlis Bandar Neuilly pada 1977. Pada tahun 1983, beliau menjadi Datuk Bandar Neuilly. Beliau juga menyandang jawatan Ahli Majlis Kawasan Ile-de-France, Ahli Parlimen ( Majlis Kebangsaan), Ahli Parlimen Eropah dan Presiden Majlis Départment des Hauts-de-Seine.

Pada tahun 1993, Sarkozy dilantik sebagai Menteri Bajet. Beliau kemudiannya dipilih menjadi Menteri Dalam Negeri dan Menteri Kewangan. Beliau berjaya melaksanakan undang-undang dengan tegas semasa menjadi Menteri Dalam Negeri dengan mengukuhkan lagi peranan pihak polis bagi mengurangkan kadar jenayah. Dalam tempohnya sebagai Menteri Kewangan, beliau telah memperkenalkan pelbagai polisi ekonomi baru demi menghidupkan semula ekonomi Perancis.

Sarkozy pernah berkahwin dua kali, dan mempunyai 3 anak lelaki dan dua anak perempuan tiri.

Rujukan sunting

  1. ^ "Francois Hollande, the new French President". RookPost. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-05-10. Dicapai pada 2012-12-12.
  2. ^ Nicolas Sarkozy dihukum penjara kerana rasuah

Pautan luar sunting


Jawatan politik
Didahului oleh
Jacques Chirac
Presiden Perancis
2007–2012
Diikuti oleh:
François Hollande
Didahului oleh
Janez Janša
Presiden Majlis Eropah
2008
Diikuti oleh:
Mirek Topolánek
Gelaran pemerintah
Didahului oleh
Jacques Chirac
Putera Bersama Andorra
2007–2012
Berkhidmat bersama: Joan Enric Vives Sicília
Diikuti oleh:
François Hollande