Ningrat tanah

kelas sosial British lampau, terdiri daripada pemilik tanah yang hidup sepenuhnya melalui pendapatan sewa

Ningrat tanah atau ningrat ialah kelas sosial British bersejarah yang secara teori terdiri daripada pemilik tanah yang boleh hidup sepenuhnya dari pendapatan sewa, atau sekurang-kurangnya mempunyai harta estet. Ia berbeza daripada, dan secara sosialnya berada "di bawah", aristokrasi atau bangsawan, walaupun sesetengah ningrat tanah lebih kaya dari sesetengah bangsawan, dan banyak ningrat mempunyai pertalian dengan bangsawan. Mereka sering bekerja sebagai pentadbir tanah mereka sendiri, sementara yang lain menjadi tokoh awam, politik dan bersenjata. Penurunan kelas istimewa ini sebahagian besarnya berasal dari kemelesetan pertanian tahun 1870-an.

Mr and Mrs Andrews (1748-49) oleh Thomas Gainsborough, pasangan ningrat tanah, walaupun sebenarnya kekayaan mereka diperolehi dari sumber termasuk tekstil, perdagangan asing dan pembiayaan wang, dan hanya baru-baru ini dilaburkan pada tanah. National Gallery, London.

Lihat jugaSunting

BibliografiSunting

  • Joan Butler, Landed Gentry (1954)
  • John O'Hart, The Irish And Anglo-Irish Landed Gentry, When Cromwell Came to Ireland: or, a Supplement to Irish Pedigrees (2 vols) (reprinted 2007)

RujukanSunting


Pautan luarSunting