No Nut November atau NN ialah sebuah anjuran yang tular di internet dengan pesertanya berusaha untuk tidak melakukan masturbasi atau orgasma selama bulan November.[1]

Sejarah

sunting

Pada awalnya, meme ini muncul sebagai parodi gabungan terhadap cabaran-cabaran Internet seperti Ice Bucket Challenge serta gerakan antipornografi seperti NoFap yang mendakwa bahawa menjauhkan diri dari ejakulasi dan menonton pornografi membawa manfaat kesihatan.[2]

Istilah ini sudah ada seawal-awalnya sejak 2011, yang pada saat itu terdapat entri No Nut November dalam laman Urban Dictionary. Pada 2017, gerakan ini mula mendapatkan tarikan di media sosial.[3] Muncul komuniti yang mendukung cabaran ini seperti subreddit "r/NoNutNovember" sehingga laman warga NoFap yang mendorong anggotanya agar tidak melakukan masturbasi.[4] Subreddit r/NoNutNovember tumbuh dari 16,500 pelanggan pada November 2018,[5] menjadi 52,000 pelanggan pada November 2019, dan menjadi 85,300 pelanggan pada November 2020.[perlu rujukan]

Beberapa tokoh seperti Paul Joseph Watson juga turut mempromosikan NNN. EJ Dickson dari Majalah Rolling Stone membuat pernyataan bahwa gerakan tersebut ditaja oleh gerakan politik sayap kanan.[2] Vice Media mengkritik cabaran ini pada 2018 setelah beberapa peserta mengirim ancaman ke akaun Twitter laman bahan lucah xHamster.[6]

Destroy Dick December

sunting

Destroy Dick December pula ialah cabaran terkait yang menuruti No Nut November yang bertindak sebagai penimbal, mendorong peserta untuk melakukan aktiviti seksual, dalam beberapa kes, sama dengan nilai hari, seperti bersetubuh dan masturbasi, setelah berpantang selama bulan sebelumnya.[7][8][9]

Rujukan

sunting
  1. ^ Ethan Vassar (10 November 2019). "Seriously: You failed No Nut November, what now?". The Rocky Mountain Collegian. Dicapai pada 11 November 2019.
  2. ^ a b EJ Dickson (2019-11-08). "How a New Meme Exposes the Far-Right Roots of #NoNutNovember". Rolling Stone. Dicapai pada 2021-10-10.
  3. ^ Zachary Zane (5 November 2019). "Inside 'No Nut November,' Where Guys Don't Masturbate for a Month". Men's Health. Dicapai pada 11 November 2019.
  4. ^ Sarah Manavis (13 November 2018). "No Nut November: the insidious internet challenge encouraging men not to masturbate". New Statesman. Dicapai pada 11 November 2019.
  5. ^ Phoebe Loomes (24 November 2018). "Thousands of men quit sex for 'No Nut November'". The New Zealand Herald. Dicapai pada 11 November 2019.
  6. ^ Samantha Cole (30 November 2018). "Let This Be the Last No Nut November". Vice. Dicapai pada 11 November 2019.
  7. ^ "Destroy Dick December Is the New Month Long Masturbation Challenge". The Daily Dot (dalam bahasa Inggeris). 15 November 2017.
  8. ^ "What is Destroy Your Dick December?". Metro (dalam bahasa Inggeris). 1 Desember 2018. Check date values in: |date= (bantuan)
  9. ^ Definisi Dictionary.com tentang Destroy Dick December