Datuk Noharuddin Nordin adalah Ketua Pengarah Malaysia Investment Development Authority (MIDA) mulai 20 Ogos 2011. Beliau pernah menjadi Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade). Beliau diganti oleh Dr Wong Lai Sum di Matrade.

Fail:Noharuddin Nordin.jpg
Noharuddin Nordin

Beliau menggantikan Datuk Jalilah Baba yang akan bersara .Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan mengumumkan perlantikan itu di Putrajaya. Antara tugas Mida ialah menyediakan persekitaran dan perkhidmatan pelaburan yang terbaik, seiring dengan aspirasi negara seperti yang digariskan di bawah Program Transformasi Ekonomi.

Pendidikan sunting

Noharuddin (55 tahun ) berkelulusan Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari University of Birmingham, United Kingdom, dan Chartered Institute of Transport(UK), Universiti Teknologi Mara.

Kerjaya sunting

Beliau menyertai perkhidmatan awam sebagai pegawai penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan pada 1978. Kemudian beliau menyertai Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik pada 1986 dan Matrade pada 1994, sebelum dilantik Ketua Pegawai Eksekutif Matrade pada Disember 2006.[1]

Rujukan sunting