Nordstern (ms: "Bintang Utara"), atau disebut Neu Drontheim (Ms: "Trondheim Baharu") merupakan perancangan Nazi untuk mencipta kota metropolis Jerman yang baharu dalam Norway taklukan Jerman semasa Perang Dunia Kedua. Ia dirancang mempunyai populasi sekitar 250,000-300,000 penduduk. [1]

Gambar Trondheim dan Trondheim Fjord, November 1942 dari arkib Jerman

Tapak pembinaan bandar tersebut terletak 15–20 km (9.3–12.4 bt) barat daya bandar Trondheim, Norway. Trondheim Fjord memberi kepentingan strategik kepada ketenteraan Jerman, ia dirancang untuk memiliki pangkalan tentera dan tentera laut yang akan memberi Jerman kuasa mengawal perairan Atlantik Utara. Ia disokong kuat oleh Großadmiral Erich Raeder dan Karl Dönitz.[2]

Adolf Hitler menyatakan bandar tersebut akan menjadi "Singapura Jerman" dan ia menjadi projek pembangunan kegemaran beliau. [3][4] Malahan, ketika perang, pelabuhan bandar tersebut telah pun menjadi pangkalan besar untuk kapal selam U-Boot Jerman, Dora I.[5]

Projek ini terbengkalai setelah kekalahan Nazi dan beberapa asas konkrit masih kelihatan di pesisir Trondheim Fjord.[6]

Rujukan sunting

  1. ^ Spotts, p. 331.
  2. ^ Thomas, Charles S.: The German Navy in the Nazi Era. Naval Institute Press, 1990. [1]
  3. ^ Spotts, p. 33.
  4. ^ Rothwell, Victor: War Aims in the Second World War: the War Aims of the Major Belligerents 1939–45, page 37. Edinburgh University Press, 2005. [2]
  5. ^ The German Northern Theater of Operations 1940–1945
  6. ^ Åldstedt, Finn: Hitlers drøm om Trondheim. Adressa, published 1 September 2006. [3] (In Norwegian). Retrieved 9 August 2010.

Pautan luar sunting