Onikektomi

(Dilencongkan dari Nyahcakar)

Onikektomi, atau penyahcakaran (bahasa Inggeris: declawing), ialah satu pembedahan untuk membuang cakar haiwan secara pembedahan dengan cara amputasi bagi semua atau sebahagian falanks-falanks distal, atau tulang-tulang hujung, pada jari kaki haiwan. Oleh sebab cakar berkembang daripada tisu germa di dalam falanks ketiga, amputasi tulang berkenaan adalah penting untuk sepenuhnya menanggalkan cakar. Istilah "onikektomi" (daripada kata Yunani: ὄνυξ onycho, "kuku" + ἐκτομή ektome, "eksisi") dan "penyahcakaran" hanya memaksudkan pembuangan cakar, tetapi perihalan lebih betul ialah falangektomi,[1] iaitu eksisi tulang jari kaki.

Tangkapan dekat bagi tapak ternyahcakar.

Sungguhpun kerap di Amerika Utara,[2] penyahcakaran dianggap sebagai tindakan kekejaman haiwan di banyak negara.

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ http://medical-dictionary.thefreedictionary.com/phalangectomy
  2. ^ Patronek GJ (Oktober 2001). "Assessment of claims of short- and long-term complications associated with onychectomy in cats". J. Am. Vet. Med. Assoc. 219 (7): 932–7. doi:10.2460/javma.2001.219.932. ISSN 0003-1488. PMID 11601788.

Pautan luar sunting

Templat:Pandu arah kucing