Omega Mart

pameran seni yang mendalam oleh Meow Wolf, penyewa utama Area15 di Las Vegas, Nevada

Omega Mart adalah sebuah pepasangan seni interaktif yang dibuat oleh syarikat seni Amerika bernama Meow Wolf dan terletak di kompleks Area15 di Las Vegas. Mereka yang memasuki pepasangan menjelajah pasar raya, dari mana mereka dapat mengakses pelbagai kawasan lain dan mengungkap naratif atau cerita.[1] Ia menampilkan sumbangan daripada lebih 300 artis.[2][3]

Omega Mart
Pntu masuk ke Omega Mart pada tahun 2021
Maklumat umum
LokasiLas Vegas, Nevada, Amerika Syarikat
Alamat3215 S Rancho Dr #100
Dibuka pada18 Februari 2021
PemilikMeow Wolf
Laman sesawang
www.omegamart.com

Omega Mart menampilkan produk buatan khas yang tersedia untuk pembelian, seperti Mammoth Chunks (Daging Hancur Mamot), Organic Moth Milk (Susu Kupu-Kupu Organik), Nut Free Salted Peanuts (Kacang Tanah Garam Tanpa Kacang), dan Ploughible Deniability Laundry Detergent (Pencuci Dobi yang Tidak Boleh Dibajak).[2][4] Piñatas of the Seven Deadly Sins yang dicipta oleh artis Justin Favela, juga tersedia untuk pembelian.[5] Pepasangan ini juga dilengkapi bar rahsia bernama Datamosh yang menyajikan lapan koktel istimewa.[6][7]

Sejarah sunting

 
Rak produk di Omega Mart

Konsep untuk Omega Mart pertama kali bermula pada tahun 2009, ketika para seniman pertama kali membuat pameran kedai runcit DIY,[3][8] di mana menurut Las Vegas Review-Journal, pada dasarnya "hanya banyak rak blok sinder dengan botol air berwarna".[8] Ia dicuba lagi pada tahun 2012, ketika bahagian pendidikan Meow Wolf iaitu Chimera telah bekerjasama dengan kira-kira seribu pelajar di Santa Fe, sekolah awam New Mexico untuk mengisi sebuah kedai runcit palsu dengan produk palsu buatan tangan.[9][10][11] Kedua-dua pemasangan asal adalah sementara, dengan yang kedua dibuka pada 8 Julai 2012, dan ditutup pada 20 September tahun itu.

Pada bulan Januari 2018, Meow Wolf mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan tarikan kekal kedua mereka (pertama adalah House of Eternal Return di Santa Fe) di Las Vegas yang akan menjadi penyewa utama kompleks runcit dan hiburan Area15. [12] Omega Mart pada asalnya dirancang untuk dilancarkan pada tahun 2020, tetapi pelancarannya ditangguhkan kerana pandemik COVID-19.[13] Pada bulan Ogos 2020, Meow Wolf mengumumkan bahawa projek tersebut akan tertumpu di pasar raya bernama Omega Mart, dan dijangka dibuka pada Januari 2021.[14][9] Pada Januari 2021, tarikh pembukaan pepasangan diumumkan,[15] dan dibuka pada 18 Februari 2021.[8][16]

Berbagai iklan untuk Omega Mart telah diterbitkan, dan terkenal dengan keabnormalan dan surealisme mereka. Sebuah iklan untuk pembukaannya, yang menampilkan wajah Willie Nelson yang dipalsukan ke tubuh orang lain,[17] telah dinyatakan oleh Shelby Stewart dari Houston Chronicle bahawa memberi orang Texan "perasaan merasakan bagaimana iklan kedai runcit dibubuh dadah". [18] Pelbagai iklan kemudian telah diterangkan oleh Reid McCarter daripada AV Club sebagai mempunyai astetik "90-an pelik", [19] dan Rob Beschizza yang menulis untuk Boing Boing, menyatakan contoh sempurna mengenai "seram pengguna kosmik yang penuh dengan humor gelap dan berhantu" tertentu.[20]

Rujukan sunting

  1. ^ Martens, Todd (February 17, 2021). "Meow Wolf's Omega Mart is opening in Las Vegas in a pandemic. What to know". Los Angeles Times. Dicapai pada April 18, 2021.
  2. ^ a b Sheckells, Melinda (February 16, 2021). "Inside Meow Wolf's New Omega Mart Interactive Experience in Las Vegas". The Hollywood Reporter. Dicapai pada April 18, 2021.
  3. ^ a b McBeth, Hannah (April 7, 2021). "Meow Wolf Gives Inner Children a Shopper's Wonderland at Omega Mart in Las Vegas". SLUG Magazine. Dicapai pada April 18, 2021.
  4. ^ Karel, Janna (August 11, 2020). "Meow Wolf in Las Vegas to sell bizarre items, portals to other worlds". Las Vegas Review-Journal. Dicapai pada April 18, 2021.
  5. ^ Karel, Janna (November 20, 2020). "Piñatas of the 7 deadly sins to loom over Meow Wolf experience". Las Vegas Review-Journal. Dicapai pada April 17, 2021.
  6. ^ Stapleton, Susan (March 17, 2021). "Get to Know the Secret Bar Inside Omega Mart, the Zany Grocery Store Exhibit Inside Area15". Eater. Dicapai pada April 17, 2021.
  7. ^ Radke, Brock (March 23, 2021). "Quick Bites: Best Friend, La Neta, Pauly D's Italian Subs and more Vegas food news". Las Vegas Weekly. Dicapai pada April 17, 2021.
  8. ^ a b c Karel, Janna (February 18, 2021). "Omega Mart opens a mysterious interactive world at Area15". Las Vegas Review-Journal. Dicapai pada April 17, 2021.
  9. ^ a b Krabbe, Collin (August 11, 2020). "Meow Wolf provides a sneak peek of its Las Vegas exhibit, set to open early next year". Albuquerque Business First. Dicapai pada April 17, 2021.
  10. ^ Pleshaw, Gregory. "Project Dreamscape: Ask and you shall receive". alibi (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2021-04-21.
  11. ^ "OmegaMart | Meow Wolf". web.archive.org. 2013-07-25. Dicapai pada 2021-04-21.
  12. ^ Krasnow, Bruce (January 18, 2018). "Meow Wolf announces permanent exhibit in Las Vegas, Nev". Santa Fe New Mexican. Diarkibkan daripada yang asal pada January 19, 2018. Dicapai pada April 18, 2021.
  13. ^ Martens, Todd (August 8, 2020). "Meow Wolf was set to transform themed entertainment in Vegas and beyond. Then came the pandemic". Los Angeles Times. Dicapai pada April 17, 2021.
  14. ^ Vitu, Teya (August 10, 2020). "Meow Wolf unveils 'Omega Mart' as its Las Vegas attraction". Santa Fe New Mexican. Diarkibkan daripada yang asal pada January 2, 2021. Dicapai pada April 17, 2021.
  15. ^ Gomez, Adrian (January 19, 2021). "Meow Wolf's Omega Mart set to open Feb. 18 in Las Vegas". Albuquerque Journal. Dicapai pada April 17, 2021.
  16. ^ Vitu, Teya (February 18, 2021). "Meow Wolf enters new world with 'Omega Mart' in Sin City". Santa Fe New Mexican. Diarkibkan daripada yang asal pada February 22, 2021. Dicapai pada April 17, 2021.
  17. ^ McCarter, Reid (January 28, 2021). ""Willie Nelson" stars in unsettling deepfake commercial for an art installation grocery store". The A.V. Club. Dicapai pada April 17, 2021.
  18. ^ Stewart, Shelby (January 29, 2021). "Things get bizarre as 'Willie Nelson' stars in new art installation ad". Houston Chronicle. Diarkibkan daripada yang asal pada February 14, 2021. Dicapai pada April 17, 2021.
  19. ^ McCarter, Reid (April 1, 2021). "Omega Mart advertises time-traveling ham, nut-free peanuts in series of perfectly normal commercials". The A.V. Club. Dicapai pada April 17, 2021.
  20. ^ Beschizza, Rob (April 18, 2021). "Creepy commercials for Omega Mart, a supermarket with a difference". Boing Boing. Dicapai pada April 18, 2021.

Pautan luaran sunting