One Avenue Band atau One Avenue Buskers atau juga dalam nama singkatannya, OAB merupakan salah sebuah kugiran muzik daripada Malaysia yang berasal daripada Johor Bahru, Johor.[1] Ahli dalam kugiran ini terdiri daripada Reyhan (vokalis), Afiq (pemain bass), Ariff (pemain gitar) dan Shana (vokalis dan perkusi). Kugiran ini menjadi terkenal di seluruh Malaysia menerusi single lagu pertamanya, Kisah Antara Kita yang kini mencapai sebanyak 32 juta tontonan menerusi YouTube dan pernah dicalonkan dalam pertandingan Separuh Akhir Muzik Muzik 33. Lagu single pertamanya juga pernah mendapat kedudukan pertama dalam Carta Era FM selama beberapa minggu berturut-turut.

OAB
Berasal dariJohor, Malaysia
Syarikat rakaman
Future Music Entertainment
AhliReyhan
Afiq
Ariff
Shana

Permulaan karier dalam seni muzikSunting

Mereka bermula sebagai pemuzik jalanan (buskers) selama 5 tahun di Pasar Karat JB dalam kawasan bandar raya Johor Bahru, Johor. Dalam pengembangan karier, mereka bertemu dengan WMCRecords yang seterusnya bekerjasama dengan Future Music Entertainment untuk mengeluarkan single pertamanya pada tahun 2018. Nama lama bagi OAB, iaitu One Avenue Buskers telah digantikan nama dengan One Avenue Band kerana mereka beranggapan bahawa buskers lebih kepada pekerjaan penyanyi jalanan manakala band lebih sesuai untuk menggambarkan penyanyi di atas pentas.

Fakta menarikSunting

  • Selain menjadi vokalis, Reyhan juga turut berbakat sebagai komposer dan penulis lirik.
  • Lagu dan lirik 'Kisah Antara Kita' dihasilkan oleh vokalis OAB sendiri, iaitu Reyhan sementara gubahan dan susunan muzik diatur oleh pemain keyboard OAB, Mahathir VAI, seorang Orang Kelainan Upaya (OKU) yang cacat penglihatan.

Lihat JugaSunting

RujukanSunting

  1. ^ Percaturan OAB mengena.Harian Metro. Diperoleh pada 20 Disember 2018.