Orang Kuat merupakan komik karya Alifstyle dan diterbitkan pada dengan harga Malaysia Barat RM6.90/Malaysia Timur RM7.90(2010). Ia diterbitkan oleh Komik-M dalam bahasa Melayu dengan nombor ISBN13 978-983-3603-60-2.

Orang Kuat
Kulit novel grafik pertama Orang Kuat
Maklumat penerbitan
PenerbitKomik-M
FormatHitam-putih
GenreLawak
Tarikh penerbitan12 Desember-2008
Bil. isu
Novel grafik: 1
Pasukan kreatif
KaryaAlifstyle

Ringkasan sunting

Seperti kebanyakan komik adiwira yang lain, Orang Kuat juga melindungi identiti sebenarnya sebagai Tan Sri Alif, ahli perniagaan yang kaya dan berjaya. Dengan dua identiti yang berbeza itu, Tan Sri Alif dan Orang Kuat menjalankan tanggungjawab membantu insan-insan yang lemah dan tidak berdaya dengan cara yang tersendiri.

Seperti kebanyakan komik adiwira yang lain, Orang Kuat juga mempunyai musuh yang tidak senang dengan tindakannya menghalang aktiviti-aktiviti tidak bermoral mereka. Secara tidak sengaja, seorang musuh mengetahui rahsia penting Orang Kuat dan Tan Sri Alif. Dengan memperalatkan wanita pujaan hati Tan Sri Alif, musuh itu merancang untuk menjatuhkan Orang Kuat.

Berjayakah Orang Kuat melindungi identiti diri dan menyelamatkan kekasihnya?

Pautan luar sunting