PIJ Property Development

PIJ Property Development Sdn. Bhd. (PIJ Property) adalah sebuah syarikat pemaju pembangunan perumahan dan hartanah, milik penuh PIJ Holdings.

PIJ Property Development Sdn. Bhd.
Jenis/bentuk sahSyarikat Berkenaan Kerajaan
IndustriPembangunan Hartanah
Ditubuhkan1996
Ibu pejabatBangunan Perisind, Johor Bahru, Malaysia
PemilikPIJ Holdings Sdn Bhd
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Pada awal penubuhan, PIJ Property mempelopori pembinaan sekolah-sekolah agama bagi pihak Majlis Agama Islam Johor sejak tahun 1996.

Kemudian, PIJ Property mula melibatkan diri dalam pembangunan projek perumahan, termasuk projek perumahan Taman Perbadanan Islam bertempat di Jalan Kebun Teh yang merupakan projek perumahan pertama yang dapat disiapkan pada awal tahun 1980an.[1]

Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) sunting

Di bawah Kumpulan PIJ Holdings, PIJ Property bertanggungjawab membina projek perumahan anjuran Kerajaan Negeri Johor seperti Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ) dan PR1MA. Berikut adalah senarai projek perumahan yang telah dilaksanakan olej PIJ Property.

  • Taman Perbadanan Islam Stulang Baru
  • Taman Perbadanan Islam Larkin
  • Apartmen Alif Sejahtera
  • Taman Perbadanan Islam Datin Halimah
  • Taman Perbadanan Islam Teluk Permata
  • Taman Perbadanan islam Segamat[2]
  • Taman Perbadanan Islam Rengit
  • Taman Perbadanan Islam Maharani
  • Taman Perbadanan Islam Pagoh[2]

Rujukan sunting