PU Abu
Muhammad Abu Sufyan bin Mohd Mokhtar Rozaidi (Jawi: محمد ابو سفيان بن محمد مختار روزايدي), lebih dikenali sebagai PU Abu, merupakan seorang pendakwah Malaysia. Beliau merupakan peserta Pencetus Ummah musim ke-3.[2] Beliau menarik perhatian orang ramai dan mengundang kontroversi kerana berkhawin dan menjadi suami kepada Hana Azraa, dan juga merupakan suami kepada Ain 'Afini Latif yang sedang sarat mengandung.[3]
Muhammad Abu Sufyan Mohd Mokhtar Rozaidi | |
---|---|
محمد ابو سفيان محمد مختار روزايدي | |
Kelahiran | Muhammad Abu Sufyan bin Mohd Mokhtar Rozaidi 1993 (umur 31–32) |
Pekerjaan | Pendakwah |
Pasangan | Ain ‘Afini Latif (k. 2018; c. 2019) (k. 2019)[1] Nurhannah Azra Mohd Zakir (k. 2019; c. 2020) (k. 2022) |
Anak-anak | 4 |
Kehidupan awal dan pendidikan
suntingMuhammad Abu Sufyan bin Mohd Mokhtar Rozaidi dilahirkan di Kuala Lumpur, Malaysia.
Karier
suntingAbu pernah menjadi guru ganti dan guru tuisyen sebelum menceburi bidang dakwah. Beliau kini bekerja sebagai pengurus Operasi Arab Saudi, Persada Global Holidays.
Kontroversi dan isu
suntingBahagian ini memerlukan pengembangan. Anda boleh menolong dengan membaiki seksyen itu. (Februari 2024) |
Kehidupan peribadi
suntingAbu mendirikan rumah tangga bersama Ain ‘Afini Latif pada 2018 sebelum bercerai setahun kemudian. Mereka berdua dikurniakan tiga orang cahaya mata, iaitu Muhammad Adam Aysar Muhammad Abu Sufyan, Muhammad Aryan 'Afi Muhammad Abu Sufyan dan Siti Khadijah Muhammad Abu Sufyan.[4][5][6] Pada tahun 2019, beliau berkahwin bersama Hana Azraa dan dikurniakan seorang cahaya mata, iaitu Muhammad Uwais Al-Mateen Muhammad Abu Sufyan pada 2020.[7]
Lihat juga
suntingRujukan
sunting- ^ Isteri pertama PU Abu tak berdiam diri, buat laporan polis berhubung ‘posting’ Hana Azraa di media sosial
- ^ Biodata dan Latar Belakang Pendakwah Kontroversi, PU Abu
- ^ Jatuh talak 2... PU Abu dan isteri sah cerai selepas mereka patah balik ke mahkamah kemukakan bukti
- ^ “Allah Tarik Suami Tapi Allah Ganti Dengan Yang Lebih Baik Pula” – Bekas Isteri PU Abu Dedah Wajah Anak… Comelnya!
- ^ PU Abu makin bahagia, bakal timang anak ketiga… Tak lupa mohon maaf kepada isteri - “Wanita biasa mungkin angkat kaki dah”
- ^ PU Abu ceraikan dua-dua isteri?
- ^ Hana Azraa Buat U-Turn, Terima Semula PU Abu Dalam Hidup? -‘Bismillah…’