Palme d'Or [pal-mĕ-dor] ("Daun Pelepah Emas") ialah anugerah tertinggi yang diberikan dalam Festival Filem Cannes.[1] Anugerah ini diperkenalkan oleh jawatankuasa pengurusan pesta filem tersebut sejak tahun 1955 selepas didahulukan oleh Hadiah Besar Pesta Filem Antarabangsa (Perancis: Grand Prix du Festival International du Film) dari tahun 1939 hingga 1954, dan sekali lagi dari tahun 1964 sehingga tahun 1975.[1] Anugerah ini dianggap sebagai penanugerahan yang paling berprestij dalam industri filem secara keseluruhannya.[2][3][4]

Palme d'Or
Anugerah Palme d'Or untuk Apocalypse Now pada acara festival tahun 1979
LokasiCannes
NegaraPerancis
Disampaikan olehFestival Filem Antarabangsa Cannes
Anugerah pertama1955
Kini dipegang olehShoplifters (2018)
Laman web rasmihttp://www.festival-cannes.com

Sejarah sunting

 
Emblem Komune Cannes

Pada tahun 1954, para penganjur acara ini memutuskan untuk memberikan anugerah setiap tahunnya bertajuk Grand Prix of the International Filem Festival, dengan sebuah rekaan baru setiap tahunnya dari seorang seniman kontemporer. Bentuk daun pelepah dipakai sebagai simbol anugerah ini kerana ia juga lambang kota Cannes yang menganjurkan festival filem ini;[5] rekaan akhir yang dipilih daripada Lucienne Lazon memiliki ujung bawah yang lebih tinggi dari tangkai membentuk hati, serta tumpuan sebuah patung terakota oleh seniman Sébastien.[6]

Pada tahun 1955, Palme d'Or pertama diberikan kepada Delbert Mann untuk filem Marty. Dari 1964 hingga 1974, Festival untuk sementara melanjutkan Grand Prix.[5] Pada tahun 1975, Palme d'Or diperkenalkan kembali dan sejak itu tetap menjadi simbol Festival Filem Cannes, diberikan setiap tahun kepada sutradara filem pemenang, dan disajikan dalam sebuah kotak kulit Maroko berwarna merah murni yang dilapisi dengan warna putih suede.[5]

Sampai dengan tahun 2018, Jane Campion menjadi satu-satunya pengarah wanita yang telah memenangi Palme d'Or untuk karya The Piano. Namun, pada tahun 2013, ketika Blue Is the Warmest Colour memenangi Palme d'Or, juri yang diketuai oleh Steven Spielberg menganugerahkannya kepada sutradara Abdellatif Kechiche, serta aktris filem Adèle Exarchopoulos dan Léa Seydoux.[7] Ini menandai untuk pertama kalinya beberapa anugerah Palme d'Or diberikan dalam sejarah festival.[8]

Juri memutuskan untuk memberikan anugerah kepada pelakon peremuan di samping pengarah agar tidak melanggar polisi acara yang melarang filem pemenang Palme d'Or untuk menerima anugerah tambahan, sehingga mencegah juri memberikan anugerah baik kepada filem dan pelakon filem tersebut secara terpisah.[9] Dari keputusan yang tidak ortodoks tersebut, Spielberg mengatakan bahawa "jika pemberian nilai memiliki kesalahan 3%, itu tidak akan berhasil seperti yang kami lakukan".[10] Kechiche kemudian melelang trofi Palme d'Or untuk membiayai filem barunya, dan mengungkapkan perasaan campur aduk tentang festival tersebut yang telah memberikan banyak piala dalam sebuah wawancara dengan The Hollywood Reporter.[11]

Sejak kembalinya anugerah ini, hadiah telah dirancang ulang beberapa kali. Pada awal tahun 1980-an, bentuk bulat dari tumpuan, membawa telapak tangan, berangsur-angsur berubah menjadi piramidal pada tahun 1984. Pada tahun 1992, Thierry de Bourqueney mendesain ulang Palme dan alasnya merupakan kristal yang dipotong dengan tangan.

Senarai pemenang anugerah sunting

Tahun Filem Judul asal dalam tulisan bukan rumi Pengarah Negara asal pengarah *
Dengan nama "Grand Prix du Festival International du Film"
1939  Union Pacific Cecil B. DeMille Amerika Syarikat
1940–1945 Dihentikan seketika berikutan Perang Dunia Kedua
1946 Velikij perelom Великий перелом Fridrikh Ermler Kesatuan Soviet
Muži bez křídel František Čáp Czechoslovakia
Die Letzte Chance Leopold Lindtberg Switzerland
Iris och löjtnantshjärta Alf Sjöberg Sweden
María Candelaria Emilio Fernández Mexico
Roma, città aperta Roberto Rossellini Itali
Neecha Nagar (Lowly City) Nīcā nagar / नीचा नगर Chetan Anand India
Brief Encounter David Lean United Kingdom
'La symphonie pastorale Jean Delannoy Perancis
The Lost Weekend Billy Wilder Amerika Syarikat
De røde enge Bodil Ipsen dan Lau Lauritzen, Jr. Denmark
1949 The Third Man Carol Reed United Kingdom
1951 Fröken Julie Alf Sjöberg Sweden
Miracolo a Milano Vittorio De Sica Itali
1952 The Tragedy of Othello: The Moor of Venice Orson Welles Amerika Syarikat
Due soldi di speranza Renato Castellani Itali
1953 Le salaire de la peur Henri-Georges Clouzot Perancis
1954 Gate of Hell Jigoku-mon / 地獄門 Teinosuke Kinugasa Jepun
Dengan nama "Palme d'Or"
1955 Marty § Delbert Mann Amerika Syarikat
1956 Le monde du silence Jacques Cousteau dan Louis Malle Perancis
1957 Friendly Persuasion William Wyler Amerika Syarikat
1958 Letyat zhuravli Летят журавли Mikhail Kalatozov Kesatuan Soviet
1959 Orfeu Negro § Marcel Camus Perancis
1960 La dolce vita § Federico Fellini Itali
1961 Une aussi longue absence § Henri Colpi Perancis
Viridiana § Luis Buñuel Mexico
1962 O Pagador de Promessas § Anselmo Duarte Brazil
1963 Il gattopardo § Luchino Visconti Itali
Dengan nama "Grand Prix du Festival International du Film"
1964 Les parapluies de Cherbourg Jacques Demy Perancis
1965 The Knack ...and How to Get It Richard Lester United Kingdom
1966 Un homme et une femme Claude Lelouch Perancis
Signore e signori Pietro Germi Itali
1967 Blowup Michelangelo Antonioni Itali
1968 Dibatalkan berikutan tunjuk perasaan pelajar serata Perancis.
1969 If.... Lindsay Anderson United Kingdom
1970 MASH Robert Altman Amerika Syarikat
1971 The Go-Between Joseph Losey United Kingdom
1972 La classe operaia va in paradiso§ Elio Petri Itali
Il caso Mattei§ Francesco Rosi Itali
1973 The Hireling Alan Bridges United Kingdom
Scarecrow Jerry Schatzberg Amerika Syarikat
1974 The Conversation Francis Ford Coppola Amerika Syarikat
Dengan nama "Palme d'Or"
1975 Chronique des années de braise Mohammed Lakhdar-Hamina Aljazair
1976 Taxi Driver Martin Scorsese Amerika Syarikat
1977 Padre Padrone Paolo dan Vittorio Taviani Itali
1978 L'albero degli zoccoli§ Ermanno Olmi Itali
1979 Apocalypse Now Francis Ford Coppola Amerika Syarikat
Die Blechtrommel Volker Schlöndorff Jerman Barat
1980 All That Jazz Bob Fosse Amerika Syarikat
Kagemusha 影武者 Akira Kurosawa Jepun
1981 Człowiek z żelaza Andrzej Wajda Poland
1982 Missing § Costa-Gavras Yunani
Yol § Yol Yılmaz Güney dan Şerif Gören Turki
1983 Narayama bushikō 楢山節考 Shohei Imamura Jepun
1984 Paris, Texas § Wim Wenders Jerman Barat
1985 Otats na službenom putu § Отац на службеном путу Emir Kusturica Yugoslavia
1986 The Mission Roland Joffé United Kingdom
1987 Sur les soleil de Satan § Maurice Pialat Perancis
1988 Pelle erobreren Bille August Denmark
1989 Sex, Lies, and Videotape Steven Soderbergh Amerika Syarikat
1990 Wild at Heart David Lynch Amerika Syarikat
1991 Barton Fink § Coen Bersaudara Amerika Syarikat
1992 Den goda viljan Bille August Denmark
1993 Farewell, My Concubine Bàwáng bié jī / 霸王別姬 Chen Kaige Tiongkok
The Piano Jane Campion Selandia Baru
1994 Pulp Fiction Quentin Tarantino Amerika Syarikat
1995 Podzemlje Подземље Emir Kusturica Serbia dan Montenegro
1996 Secrets & Lies Mike Leigh United Kingdom
1997 Ta'm-e gīlās طعم گيلاس Abbas Kiarostami Iran
The Eel Unagi / うなぎ Shohei Imamura Jepun
1998 Mia aio̱nióti̱ta kai mia méra § Μια αιωνιότητα και μια μέρα Theodoros Angelopoulos Yunani
1999 Rosetta § Jean-Pierre Dardenne dan Luc Dardenne Belgium
2000 Dancer in the Dark Lars von Trier Denmark
2001 La stanza del figlio Nanni Moretti Itali
2002 The Pianist Pianista Roman Polanski Perancis, Poland
2003 Elephant Gus Van Sant Amerika Syarikat
2004 Fahrenheit 9/11 Michael Moore Amerika Syarikat
2005 L'enfant Jean-Pierre Dardenne dan Luc Dardenne Belgium
2006 The Wind That Shakes the Barley § Ken Loach United Kingdom
2007 4 luni, 3 săptămâni şi 2 zile Cristian Mungiu Romania
2008 Entre les murs § Laurent Cantet Perancis
2009 Das weiße Band, Eine deutsche Kindergeschichte Michael Haneke Austria
2010 Uncle Boonmee Who Can Recall His Past Lives Lung Bunmi Raluek Chat / ลุงบุญมีระลึกชาติ Apichatpong Weerasethakul Thailand
2011 The Tree of Life Terrence Malick Amerika Syarikat
2012 Amour Michael Haneke Austria
2013 Blue Is the Warmest Colour § La Vie d'Adèle: Chapitres 1 et 2 Abdellatif Kechiche Perancis, Tunisia
2014 Kış Uykusu Nuri Bilge Ceylan Turki
2015 Dheepan Jacques Audiard Perancis
2016 I, Daniel Blake Ken Loach United Kingdom
2017 The Square Ruben Östlund Sweden
2018 Shoplifters 万引き家族 / Manbiki kazoku Hirokazu Kore-eda Jepun
2019 Parasite § Gisaengchung / 기생충 Bong Joon-ho Korea Selatan
Nota kaki
* Kebangsaan sutradara saat filem dirilis.
§ Menang dengan suara bulat
Palme d'Or untuk Union Pacific dianugerahkan pada tahun 2002. Festival ini seharusnya dilaksanakan tahun 1939, tetapi dibatalkan kerana Perang Dunia II. Panitia festival 2002 mempersembahkan seleksi filem tahun 1939 kepada juri yang beranggotakan enam orang. Filem-filem tersebut adalah: Goodbye Mr. Chips, La Piste du Nord, Lenin in 1918, The Four Feathers, The Wizard of Oz, Union Pacific, dan Boefje.

Pemenang multi-anugerah sunting

Delapan sutradara telah memenangi anugerah lebih dari satu kali:[12]

Palme d'Or Kehormatan sunting

Pada tahun 2002 festival memulai secara sporadis memberikan anugerah non-kompetitif Palme d'Or Kehormatan kepada sutradara yang telah menghasilkan karya yang luar biasa namun belum pernah memenangkan Palme d'Or kompetitif. Pada tahun 2011 festival mengumumkan bahawa anugerah tersebut akan diberikan setiap tahun, tetapi rencana ini tidak terealisasi dan tidak diberikan lagi hingga empat tahun kemudian pada tahun 2015.[13] Pengarah Amerika Woody Allen merupakan penerima pertama sementara pionir pembuat filem asal Perancis Agnès Varda menjadi wanita pertama yang menerima anugerah ini pada tahun 2015.[14][15] Pada tahun 2016, Jean-Pierre Léaud menjadi penerima pertama yang diberikan anugerah hanya kerana lakonannya.[16]

Tahun Penerima Profesi Kebangsaan penerima
2002 Woody Allen Pengarah/Pelakon/Penulis skenario Amerika Syarikat
2008 Manoel de Oliveira Pengarah Portugal
2009 Clint Eastwood Pelakon/Pengarah Amerika Syarikat
2011 Bernardo Bertolucci Pengarah Itali
2015 Agnès Varda Pengarah Perancis
2016 Jean-Pierre Léaud Pelakon Perancis
2017 Jeffrey Katzenberg[17] Produser Amerika Syarikat

Pada tahun 2018, juri Festival Filem Cannes juga menganugerahi "Special Palme d'Or" untuk pertama kalinya.[18]

Tahun Judul asli Pengarah Kebangsaan sutradara  Ref
2018 Le Livre d'image Jean-Luc Godard Perancis, Switzerland [18]

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ a b "A brief history of the Palme d'or". Festival-cannes.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-05-26. Dicapai pada 28 May 2017.
  2. ^ "Why the Cannes Film Festival matters (and how to pronounce it)". Vox. Dicapai pada 21 Januari 2018.
  3. ^ "Cannes 2017: Sweden's Ruben Östlund wins Palme d'Or for 'The Square' - France 24". France 24 (dalam bahasa Inggeris). 28 Mei 2017. Dicapai pada 21 Januari 2018.
  4. ^ Hammond, Pete (11 Mei 2016). "Cannes Vs Oscar: Why The Palme d'Or And Best Picture Academy Award Don't Make A Perfect Match". Deadline (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2018-01-21.
  5. ^ a b c Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan Brief History2 tidak disediakan
  6. ^ "Histoire de la Palme d'or, de Lucienne Lazon à Chopard" (dalam bahasa Perancis). Dicapai pada 31 Mei 2017.
  7. ^ "Cannes: 5 unforgettable Palme d'Or winners". 24 Mei 2015. Dicapai pada 21 Januari 2018.
  8. ^ "Director Abdellatif Kechiche: Why I'm Selling My Palme d'Or (Exclusive)". The Hollywood Reporter (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 21 Januari 2018.
  9. ^ "Festival de Cannes - Regulations". Festival-cannes.fr. Dicapai pada 28 Mei 2017.
  10. ^ "Conference of the Jury of 66th Festival de Cannes". Festival de Cannes. 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 December 2013. Dicapai pada 27 Mei 2013. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)(video tidak tersedia)
  11. ^ "Director Abdellatif Kechiche: Why I'm Selling My Palme d'Or (Exclusive)". The Hollywood Reporter (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 21 Januari 2018.
  12. ^ Lodge, Guy; Gleiberman, Owen (22 Mei 2016). "Cannes: Ken Loach Wins His Second Palme d'Or for 'I, Daniel Blake'". Variety. Dicapai pada 27 Juni 2017. Check date values in: |accessdate= (bantuan)
  13. ^ "A Honorary Palme at the opening ceremony of the Festival de Cannes". Dicapai pada 3 September 2015.
  14. ^ "Director Agnes Varda to receive honorary Palme d'Or". Dicapai pada 3 September 2015.
  15. ^ "AGNÈS VARDA TO RECEIVE HONORARY PALME D'OR". Dicapai pada 3 September 2015.
  16. ^ Szalai, Georg. "Cannes: Jean-Pierre Leaud to Get Honorary Palme d'Or". Dicapai pada 31 Mei 2016.
  17. ^ Richford, Rhonda (19 Mei 2017). "Cannes: Jeffrey Katzenberg Feted With Honorary Palme d'Or". The Hollywood Reporter. Dicapai pada 26 May 2017.
  18. ^ a b Steve, Pond (19 Mei 2018). "'Shoplifters' Wins Palme d'Or at 2018 Cannes Film Festival". SF Gate. Dicapai pada 19 Mei 2018.

Pautan luar sunting