Pantai Gerigat
Pantai Gerigat terletak dalam kawasan Kabong, Betong. Jarak pantai dengan pekan Kabong hanyalah 500 meter sahaja. Pantai Gerigat berjiran dengan pantai Tanjung Kembang.
Kemudahan restoran dan bilik tumpangan disediakan untuk pengunjung yang ingin menginap dan bersantai di pantai ini. Kemudahan-kemudahan lain termasuklah pondok untuk memancing, bot dan aktiviti berkayak.