Paul Alexander (peguam)

Paul Richard Alexander (30 Januari 1946 - 11 Mac 2024) ialah seorang yang terselamat dari polio yaitu penyakit ganas yang pernah menjadi wabak di Amerika. Mendiang ialah seorang peguam yang telah menerbitkan beberapa buku. Paul ialah lelaki terakhir yang hidup mengguna paru-paru besi, dia mula dijangkiti polio pada tahun 1952 semasa berusia enam tahun, sekalipun membesar dengan fizik yang lumpuh, ia berjaya medapat ijazah sarjana muda dan gelaran Doktor Juris di Universiti Texas, dan menyertai sebagai bahagian daripada bar (sebutan persatuan peguam di AS) pada tahun 1986. Dia menerbitkan sendiri memoir autografnya pada tahun 2020.

Paul Alexander
Alexander mengguna paru-paru besinya, foto diasas pada tahun 1986
Kelahiran
Paul Richard Alexander

(1946-01-30)30 Januari 1946
Meninggal dunia11 Mac 2024(2024-03-11) (umur 78)
Dallas, Texas, AS
PendidikanUniversiti Southern Methodist
Universiti Texas
PekerjaanPeguam

Biografi sunting

Paul lahir pada 30 Januari, 1946 di bandar Dallas[1] dari ayah Gus Nicholas Alexander, anak kepada imigran Yunani dan Doris Marie Emmett yang berasal dari Lebanon.[2][3] Mendiang mula diserang penyakit polio semasa berusia 6 tahun dan lumpuh seumur hidupnya. Saki baki ototnya yang masih boleh digerakkan hanya kepala, sekitar leher bahagian bawah dan separuh diafragma.[4][5][6]

Wabak endemik polio kerap berlaku di AS pada awal dekad 1950an, ratusan kanak-kanak di sekitar daerah Dallas, Texas diserang Polio salah satu di antara mereka ialah Paul. Paul yang hampir tidak boleh bernafas dibawa ke Hospital Parkland. Ia pun dimasukan ke alat sokong yang bernama "paru-paru besi".[7]

Paul terpaksa berada hospital selama lapan belas bulan lamanya, selepas doktor membolehkannya pulang ia bersama dengan paru-paru besinya dihantar pulang dengan menyewa lori. Pada tahun 1954, dengan sokongan daripada organisasi derma March of Dimes dan seorang doktor bernama Nyonya Sullivan, Paul diajari beberapa teknik pernafasan baharu kerana beberapa bahagian diafragmanya masih boleh bergerak. Semasa remaja, Paul hanya masuk ke paru-paru besi beberapa kali dalam seminggu.[8]

Paul ialah pelajar pendidikan rumah elektif pertama Dallas Independent School, sebab tidak mampu belajar dengan menulis atau membuat tugas dari guru. Ia dibolehkan menyertai peperiksaan dengan hafalan. Semasa berusia dua puluh satu tahun, mendiang bersekolah di W. W. Samuell High School dan menduduki peringkat kedua tertinggi di darjahnya pada tahun 1967.[2][8]

Paul mendapat scholarship pelajar tinggi[4] ke Universiti Southern Methodist. Dia berpindah kolej ke Universiti Texas, di mana pada sekolah tinggi itu ia berjaya menyandang gelar sarjana muda pada tahun 1978 dan Juris Doctor pada tahun 1984.[9] Sebelum menyertai persatuan bar pada tahun 1986, ia terlebih dahulu bekerja sebagai guru stenografi di sekolah vokasional Austin. Saat bekerja sebagai peguam, ia mengguna kerusi roda bagi menegakkan badannya.[10][11]

Paul telah diakui oleh Guinness World Records sebagai seseorang yang telah mengguna paru-paru besi paling lama di dunia.[12]

Pada bulan Januari 2024, Paul mula membina akaun TikTok miliknya, ia membuat video-video mengenai pengalaman hidupnya. Saat maut, ia telah mempunyai 330,000 pelanggan.[2]

Paul maut di Dallas pada tarikh 11 Mac, 2024 saat berusia 78 tahun.[1][13] Sebelum kematiannya, dia telah masuk ke hospital kerana COVID-19 pada bulan Februari.[14][13][15][16]

Karya buku sunting

Paul menerbitkan sendiri memoirnya yang bertajuk, Three Minutes for a Dog: My Life in an Iron Lung (Tiga Minit sahaja bagi seekor Anjing: Inilah Kisahku di dalam Paru-Paru Besi) pada bulan April 2020 dengan sokongan daripada temannya, Norman D. Brown seorang bekas jururawat.[17][18] Masa penulisan buku itu sampai lapan tahun, Paul yang sudah tua menulis sendiri dengan stenografi dan meminta sokongan temannya di beberapa halaman.[8]

Rujukan sunting

  1. ^ a b "Paul Alexander Obituary - Dallas, TX". Diarkibkan daripada yang asal pada March 13, 2024. Dicapai pada March 13, 2024.
  2. ^ a b c Jiménez, Jesus (March 13, 2024). "Lawyer, Author and TikTok Star Spent 72 Years in an Iron Lung". The New York Times (dalam bahasa Inggeris). ISSN 0362-4331. Diarkibkan daripada yang asal pada March 13, 2024. Dicapai pada March 14, 2024.
  3. ^ Murphy, Brian (March 13, 2024). "Paul Alexander, who spent seven decades using iron lung, dies at 78". The Washington Post. Dicapai pada March 14, 2024.
  4. ^ a b Hoffman, Barry (December 1, 2014). "The Man in the Iron Lung" (dalam bahasa Inggeris). Consumer Health News. Diarkibkan daripada yang asal pada May 22, 2023. Dicapai pada January 27, 2021.
  5. ^ Marchildon, Jackie (November 23, 2017). "Meet One of the Last Polio Survivors To Subscribe to Invincible Craft". Global Citizen. Diarkibkan daripada yang asal pada May 3, 2023. Dicapai pada January 27, 2021.
  6. ^ Adams, Phillip (June 16, 2020). "Man in an iron lung" (dalam bahasa Inggeris). Australia: ABC Radio National. Diarkibkan daripada yang asal pada August 10, 2023. Dicapai pada January 27, 2021.
  7. ^ Panicker, Jobin (February 27, 2018). "Polio survivors from Parkland reunite six decades late" (dalam bahasa Inggeris). WFAA. Diarkibkan daripada yang asal pada May 22, 2023. Dicapai pada January 27, 2021.
  8. ^ a b c McRobbie, Linda Rodriguez (May 26, 2020). "The man in the iron lung". The Guardian (dalam bahasa Inggeris). ISSN 0261-3077. Diarkibkan daripada yang asal pada September 9, 2021. Dicapai pada January 27, 2021.
  9. ^ "Mr. Paul R. Alexander". Martindale-Hubbell. Diarkibkan daripada yang asal pada May 3, 2023. Dicapai pada May 11, 2021.
  10. ^ Ramirez, Marc (July 5, 2018). "Dallas lawyer has lived most of his life in an iron lung". Star Tribune. Dallas. Diarkibkan daripada yang asal pada May 1, 2023. Dicapai pada May 11, 2021.
  11. ^ Brown, Jennings (November 20, 2017). "The Last of the Iron Lungs". Gizmodo (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada November 20, 2017. Dicapai pada January 27, 2021.
  12. ^ "Longest iron lung patient". Guinness World Records. Diarkibkan daripada yang asal pada December 4, 2022. Dicapai pada December 4, 2022.
  13. ^ a b "Texas man who used an iron lung for decades after contracting polio as a child dies at 78" (dalam bahasa Inggeris). AP News. March 13, 2024. Diarkibkan daripada yang asal pada March 13, 2024. Dicapai pada March 13, 2024.
  14. ^ "Paul Alexander, polio survivor in iron lung for over 70 years, dies at 78 after Covid diagnosis" (dalam bahasa Inggeris). NBC News. March 13, 2024. Diarkibkan daripada yang asal pada March 13, 2024. Dicapai pada March 13, 2024.
  15. ^ Jiménez, Jesus (March 13, 2024). "Lawyer, Author and TikTok Star Spent 72 Years in an Iron Lung". The New York Times. Diarkibkan daripada yang asal pada March 13, 2024. Dicapai pada March 14, 2024. It was unclear what caused Mr. Alexander’s death. He had been briefly hospitalized with the coronavirus in February, according to his TikTok account. After he returned home, Mr. Alexander struggled with eating and hydrating as he recovered from the virus, which attacks the lungs and can be especially dangerous to people who are older and have breathing problems.
  16. ^ Kelly, Erin (October 25, 2021). "Decades after polio, Martha is among the last to still rely on an iron lung to breathe". Radio Diaries. All Things Considered. NPR. Diarkibkan daripada yang asal pada March 13, 2024. Dicapai pada March 13, 2024.
  17. ^ Ramirez, Marc; Deletter, Emily (March 13, 2024). "Paul Alexander Spent Seven Decades in an Iron Lung. Polio Couldn't Take His Hope". Savannah Morning News. Dicapai pada March 14, 2024.
  18. ^ Alexander, Paul R. (March 31, 2020). Three Minutes for a Dog: My Life in an Iron Lung (dalam bahasa Inggeris) (ed. First). Victoria, BC, Canada: FriesenPress. ISBN 978-1-5255-2531-5. OCLC 1154511337.
    • Alexander, Paul R. (2023). Three Minutes for a Dog: My Life in an Iron Lung (dalam bahasa Inggeris) (ed. Second). Victoria, BC, Canada: FriesenPress. ISBN 9781525525322. OCLC 1392285856.