Paul Gardner Allen (lahir pada 21 Januari, 1953 - 15 Oktober 2018) ialah seorang pelabur dan dermawan Amerika Syarikat yang bersama-sama Bill Gates mengasaskan Microsoft dan merupakan salah seorang manusia terkaya di dunia dengan kekayaan peribadi sebanyak US$13.5 bilion pada tahun 2010. Beliau ialah pengasas dan pengerusi Vulcan Inc., yang menguruskan perniagaan dan usaha dermanya. Paul Allen juga mempunyai portfolio pelaburan multi-bilion dollar termasuklah syarikat teknologi seperti Evri dan Gist, pemegang hartanah, dan kepentingan dalam teknologi lain, media, dan syarikat-syarikat content. Paul Allen juga memiliki dua pasukan sukan profesional,Seattle Seahawks dalam National Football League (NFL),[2] dan Portland Trail Blazers dalam National Basketball Association (NBA)[3]. Beliau juga merupakan pemilik sebahagian Seattle Sounders FC, yang menyertai Major League Soccer (MLS) pada 2009.[4] Memoir Allen "Idea Man: A Memoir by the Cofounder of Microsoft" akan diterbitkan pada 19 April, 2011 dan petikan terperinci telah diterbitkan pada isu Mei 2011 Vanity Fair.[5]

Paul Gardner Allen
Kelahiran(1953-01-21)21 Januari 1953
Seattle
Meninggal dunia15 Oktober 2018 (umur 65)
PekerjaanPengerusi, Vulcan Inc.
Nilai bersih US$13 bilion (2011)[1]

Nota sunting

  1. ^ "Paul Allen". Forbes. November 18, 2009. Dicapai pada April 1, 2010.
  2. ^ Attner, Paul (March 35, 1996). "Behring straits — Seattle Seahawks owner Ken Behring". Sporting News. Dicapai pada March 31, 2008. Check date values in: |date= (bantuan)
  3. ^ "Learn More About Larry Weinberg". NBA.com. National Basketball Association. Dicapai pada March 31, 2008.
  4. ^ "Seattle to Get Expansion MLS Franchise for 2009". ESPN. November 9, 2007. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-05-25. Dicapai pada November 10, 2007.
  5. ^ "Microsoft's Odd Couple". Vanity Fair. May, 2011. Dicapai pada March 31, 2011. Check date values in: |date= (bantuan)

Pautan luar sunting