Pekan Awah menjadi nadi kepada pembangunan kawasan FELDA sekitarnya dan Kampung Awah. Antara kemudahan yang disediakan ialah Pusat Kesihatan, Institut Latihan Risda/Kolej Risda, Klinik swasta, wakil pos, balai polis dan kedai-kedai runcit. Kampung Awah juga adalah tempat kelahiran penyanyi tersohor Malaysia iaitu Siti Nurhaliza. Pekan Sehari Kampung Awah diadakan di Pekan Awah setiap hari Rabu mulai jam 3 petang sehingga 10 malam.