Pembelot Bangsa atau Pengkhianat Bangsa (atau kadangkala digelar sebagai Si Kitul/Si Kitol [1]) ialah istilah penghinaan yang merujuk kepada seseorang yang menyokong sikap atau mempunyai buah fikiran yang bertentangan dengan kepentingan atau kemurnian bangsanya sendiri atau berpaling tadah terhadap pegangannya kepada sebaliknya. Sebagai contoh, salah seorang atau kedua-dua pasangan yang mengamalkan hubungan percintaan berlainan bangsa disifatkan dan digelar sebagai pengkhianat bangsa. Selain itu, contoh lain pula ialah seseorang yang bertindak tegas dan lantang bersuara mempertahankan hak perundangan yang melebihkan dan menguntungkan bangsa selain daripada bangsa individu itu sendiri turut digelar sebagai pembelot bangsa. Dalam bahasa Inggeris, sumber istilah ini berpunca daripada majalah terbitan bersuku, Race Traitor yang mula diterbitkan pada tahun 1993.[2]

Semasa zaman penguatkuasaan dasar aparteid di Afrika Selatan yang telah memberi kuasa politik khusus kepada kaum minoriti Kulit Putih, para aktivis anti-apartheid yang berkulit putih telah digelar sebagai pengkhianat oleh kerajaan pada ketika itu.[3]

Thomas Mair yang telah membunuh ahli parlimen British Jo Cox pada tahun 2016 telah menganggap Cox sebagai seorang penghianat bangsa kulit putih. Thomas Mair juga telah menerbitkan berpucuk surat yang mengecam dan mengeji "orang kulit putih liberal dan pengkhianat" yang berada di Afrika Selatan, seperti yang digambarkan beliau sebagai "musuh utama sistem apartheid dahulukala".[4]

Di Malaysia, contoh individu yang digelar sebagai pengkhianat bangsa adalah seperti Si Kitul.

Lawan kata bagi Pembelot Bangsa ialah Pembela Bangsa.

PeribahasaSunting

  1. Gunting dalam lipatan
  2. Tikam belakang
  3. Memberakkan periuk nasi sendiri

Bacaan lanjutSunting

  • Anti-Jerman
  • Anti-Kejepunan
  • Anti-Itali
  • Anti-Keturkian
  • Pisang
  • Perkauman sesama kulit Hitam-Hitam
  • Dayuservatif
  • Hanjian
  • Malinchista
  • Rassenschande
  • Gadis pesta bersarung
  • Yahudi membenci sendiri
  • Shoneenisme
  • Taijian
  • Pak Cik Tom
  • Brit Barat
  • Negro putih
  • Wigger

RujukanSunting

  1. ^ Najmil Faiz, M.A.(2018). "‘Si Kitul’ Moden Hancurkan Umat"
  2. ^ Garvey, John; Noel Ignatiev (Winter 1993). "Change Our Name". Race Traitor (1): 126–127.
  3. ^ "Frederik van Zyl Slabbert, white anti-apartheid leader, dies at 70". 15 May 2010.
  4. ^ Cobain, Ian; Parveen, Nazia; Taylor, Matthew (23 November 2016). "The slow-burning hatred that led Thomas Mair to murder Jo Cox".