Pada zaman digital ini, hampir kesemua peralatan pengimejan dalam pelbagai bidang beroperasi menggunakan teknologi digital di mana imej tidak lagi ditangkap menggunakan filem sebagaimana kamera mula-mula diperkenalkan oleh Nicéphore Niépce[1] pada tahun 1816. Sebaliknya kamera kini direkabentuk dengan cip sensor imej yang mampu menukar cahaya yang masuk menerusi lensa dan membentuk imej secara digital. Proses pemerolehan imej (menghasilkan imej) ini disebut sebagai pengimejan.[2] Seterusnya ia disimpan digital dalam bentuk data elektonik di dalam storan digital. Imej ini boleh dipindah atau dipaparkan secara langsung pada mana alat paparan imej seperti skrin komputer, telefon pintar, projektor, laman web mahupun disimpan dalam fizikal dengan mencetaknya menggunakan mesin pencetak.

Imej digital ini juga boleh diproses bagi meningkatkan kualiti gambar, pengubahsuaian imej mahupun bagi tujuan analisis imej. Contoh bidang yang memerlukan pemprosesan imej ini ialah seperti bidang perindustrian, sains perubatan atau bidang astronomi. Contohnya, sebuah kilang pembuatan cip menggunakan algoritma pemprosesan imej bagi mengesan kecacatan dalam produk mereka[3], pakar bedah memerlukan analisis dari imej MRI dan CT-scan (contohnya saiz tumor, lokasi dll) sebelum membuat sebarang rawatan ke atas pesakit. Malahan pengguna media sosial juga memproses imej secara tidak sedar di mana mereka menggunakan penapis tertentu bagi meningkatkan kualiti imej sebelum memuat naik ke media sosial mereka.

Dalam sains pengimejan, pemprosesan imej adalah mengubahsuai imej menggunakan operasi matematik dalam apa-apa bentuk pemprosesan isyarat, yang mana melibatkan masukan/input dan keluaran/output. Masukan ini boleh jadi dalam bentuk sebuah imej, satu siri imej ataupun video, seperti gambar atau rangka video. Keluaran pemprosesan imej pula boleh jadi dalam bentuk imej, satu set ciri-ciri atau parameter berkaitan dengan imej.[4] Kebanyakan teknik pemprosesan imej melibatkan imej dalam bentuk isyarat dua dimensi dan menggunakan teknik isyarat pemprosesan piawai padanya. Imej juga diproses sebagai isyarat tiga dimensi di mana dimensi ketiga ialah masa atau paksi-z.

Pemprosesan imej biasanya merujuk kepada pemprosesan imej digital, tetapi pemprosesan imej optik dan pemprosesan imej analog juga dilakukan. Artikel ini adalah tentang teknik umum yang digunakan untuk semua daripadanya.

Lihat juga sunting

Bacaan lanjut sunting

  • Tinku Acharya and Ajoy K. Ray (2006). Image Processing - Principles and Applications. Wiley InterScience.
  • Wilhelm Burger and Mark J. Burge (2008). Digital Image Processing: An Algorithmic Approach Using Java. Springer-Verlag. ISBN 978-1-84628-968-2.
  • Bernd Jähne (2002). Digital Image Processing,[5]. Springer. ISBN 3-540-67754-2. ref stripmarker in |title= at position 26 (bantuan)
  • Tim Morris (2004). Computer Vision and Image Processing. Palgrave Macmillan. ISBN 0-333-99451-5.
  • Tony F. Chan and Jackie (Jianhong) Shen (2005). Image Processing and Analysis - Variational, PDE, Wavelet, and Stochastic Methods. Society of Industrial and Applied Mathematics. ISBN 0-89871-589-X.
  • Milan Sonka, Vaclav Hlavac and Roger Boyle (1999). Image Processing, Analysis, and Machine Vision. PWS Publishing. ISBN 0-534-95393-X.

Rujukan sunting

  1. ^ Newhall, Beaumont (1982). The History of Photography. New York, New York: The Museum of Modern Art. p. 13. ISBN 0-87070-381-1. Joseph Nicéphore Niépce, of exposure to light. Although the only example of his camera work that remains today appears to have been made in 1826, his letters leave no doubt that he had succeeded in fixing the camera's image a decade earlier.
  2. ^ Joseph P. Hornak, Encyclopedia of Imaging Science and Technology (John Wiley & Sons, 2002) ISBN 9780471332763
  3. ^ Adi Nurhadiyatna, Sven Loncaric, Esa Prakasa, Edi Kurniawan, A. A. Khoirudin, Luciano Musa, Petra Reidler. Development of visual inspection system for detecting surface defects on sensor chip
  4. ^ Rafael C. Gonzalez; Richard E. Woods (2008). Digital Image Processing. Prentice Hall. m/s. 1–3. ISBN 978-0-13-168728-8.
  5. ^ http://www.disi.unige.it/person/RovettaS/rad/image-processing-wikipedia-book.pdf

Pautan luar sunting

  • Lectures on Image Processing, by Alan Peters. Vanderbilt University. Updated 7 January 2016.
  • Image Processing On Line – Open access journal with image processing algorithms, open source implementations and demonstrations
  • IPRG Open group related to image processing research resources