Penawanan Algiers (1516)

Penaklukan Algiers pada tahun 1516 dilengkapkan oleh adik-beradik Uthmaniyyah iaitu Oruç dan Hayreddin Barbarossa menentang Sālim al-Tūmī, pemerintah di kota Algiers.

Latar belakang sunting

Pada tahun 1510, Sepanyol membuat penempatan di sebuah pulau kecil di depan Algiers, dan memaksa pemerintah tempatan Sālim al-Tūmī (Selim-bin-Teumi) untuk menerima kehadiran mereka melalui sebuah perjanjian dan membayar ufti.[1][2] Kubu-kubu dibina di pulau-pulau kecil, dan sebuah garison dengan kekuatan 200 orang tentera dibina.[2] Sālim al-Tūmī mesti pergi ke Sepanyol untuk memberi taat setia kepada Ferdinand dari Aragon.[2]

Penawanan Algiers sunting

Pada tahun 1516, amir di Algiers, Sālim al-Tūmī, menjemput adik-beradik Oruç dan Hayreddin Barbarossa untuk menghalau keluar Sepanyol. Oruç, dengan bantuan tentera Uthmaniyah,[1] datang ke Algiers, memerintah agar Sālim dibunuh, kerana Salim telah bersubahat dengan Sepanyol untuk menghapuskan lanun dan Arudj[3]. Moors telah membawa kejayaan besar kepada Arudj[4].

Beliau kemudian merampas bandar ini. Ekspedisi Sepanyol yang dihantar untuk menawan semula kota ini, kali pertama pada tahun 1516 di bawah arahan Don Diego de Vera, dan kemudian pada tahun 1519 di bawah arahan Don Ugo de Moncada, yang mana kedua-duanya berakhir dengan kegagalan.[2]

Hayreddin mengantikan Oruç selepas kematian beliau dalam pertempuran melawan Sepanyol semasa kejatuhan Tlemcen (1517), selain mewarisi nama gelaran beliau "Barbarossa". Penawanan Algiers pada tahun 1516 berjaya dengan bantuan daripada Sultan Uthamniyyah, Selim I. Bantuan ini dihentikan selepas kematian Sultan Selim pada tahun 1520, menyebabkan Barbarossa kehilangan kota kepada ketua puak kabyle tempatan pada tahun 1524,[2] dan berundur ke kubu beliau di Djidjelli.[5]

Rujukan sunting

  1. ^ a b International Dictionary of Historic Places: Middle East and Africa Trudy Ring p.54 [1]
  2. ^ a b c d e E.J. Brill's first encyclopaedia of Islam, 1913-1936 by Martijn Theodoor Houtsma p.258 [2]
  3. ^ Meynier, Gilbert (2010). L’Algérie, cœur du Maghreb classique. Paris: La Découverte. m/s. 313. ISBN 9782707152312.
  4. ^ Kaddache, Mahfoud (1992). L'Algérie durant la période ottomane. Alger: Alger : O.P.U. m/s. 8.
  5. ^ Garnier, p.20

Templat:Ottoman battles