Pendekar Tongkat Emas

filem Indonesia

Pendekar Tongkat Emas merupakan filem aksi Indonesia 2014 yang diarahkan oleh Ifa Isfansyah. Ia dibintangi oleh Christine Hakim, Nicholas Saputra, Reza Rahadian dan Slamet Rahardjo. Dua bintang muda yang kini sedang meningkat naik iaitu Eva Celia dan Tara Basro turut berlakon dalam filem ini sebagai watak utama. Filem ini mengangkat tema persilatan yang sudah lama tidak menghiasi perfileman indonesia. Mengetengahkan tema-tema seperti pengkhianatan, kesetiaan dan cita-cita. Filem ini ditayangkan pada 18 Disember 2014 oleh Miles Films.[1]

Pendekar Tongkat Emas
Poster keluaran tayangan
PengarahIfa Isfansyah
PenulisJujur Prananto
Dihasilkan olehMira Lesmana
Riri Riza
DibintangiEva Celia
Nicholas Saputra
Reza Rahadian
Tara Basro
Christine Hakim
Slamet Rahardjo
Aria Kusumah
Darius Sinathrya
Prisia Nasution
Muzik olehErwin Gutawa
Syarikat
penerbitan
Miles Films
KG Studio
Tarikh tayangan
18 Disember 2014
Masa tayangan
112 minit
NegaraIndonesia Indonesia
BahasaBahasa Indonesia

Sinopsis sunting

Cempaka (Christine Hakim) seorang pendekar tongkat emas yang termasyhur di dunia persilatan. Ia memiliki empat orang murid yang merupakan anak daru musuhnya yang dulu dikalahkannya iaitu Biru (Reza Rahadian), Gerhana (Tara Basro), Dara (Eva Celia) dan Angin (Aria Kusumah). Biru dan Gerhana memiliki hubungan yang dekat begitu juga Dara dan Angin. Cempaka memerintahkan Biru dan Gerhana untuk menyaksikan pertarungan silat yang dimenangikan oleh Perguruan Sayap Merah. Di gubuknya, Cempaka yang sedang dalam keadaan buruk sedang dirawat oleh Angin.

Di perguruan sayap merah, Biru dan Gerhana disambut oleh pemipinan perguruan (Whani Darmawan) yang meninggalkan salam hormat untuk Cempaka yang telah berjasa banyak bagi dunia persilatan. Sekembalinya, bahawa ia akan memilih salah satu diantara mereka untuk menjadi pewaris tongkas emas bersertakan jurusan melingkar bumi. Meskipun lebih muda, Cempaka lebih Memilih Dara lalu membuatkan Biru dan Gerhana terkejut. Meskipun Dara mencuba untuk menolak tetapi Cempaka berkeras dan mengatakan bahawa ia akan memilih Dara pergi untuk beberapa hari untuk mewariskan jurus melingkar bumi. Angin diminta Cempaka untuk mengikut sekali agar dapat merawat keadaan Cempaka. Sementara itu Biru dan Gerhana diperintahkan Cempaka untuk tinggal dan menjaga gubuk mereka. Cempaka menyampaikan pada Dara kalau terjadi sesuatu padanya dan belum sempst mewariskan jurus melingkar bumi, hanya ada satu orang saja yang tahu tentang jurus tersebut ialah pendekar naga putih (Darius Sinathrya) iaitu bekas pasangannya.

Pelakon sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "PENDEKAR TONGKAT EMAS". wowkeren.com. Dicapai pada 24 March 2014.

Pautan luar sunting