Pendidikan vokasional
Rencana ini mungkin memerlukan sunting kopi untuk tatabahasa, gaya, kepaduan, nada, atau ejaan. (Oktober 2014) |
Rencana ini ialah terjemahan daripada bahasa lain. Terjemahan ini mungkin telah dihasilkan oleh komputer atau penterjemah tanpa kemahiran dalam bahasa lain. |
Pendidikan vokasional adalah salah satu alternatif melanjutkan pelajaran. Ia lebih menumpukan kepada penguasaan kemahiran tertentu lebih dari menghafal / memahami teori atau kajian akademik / ilmiah. Ia berdasarkan kefahaman bahawa seorang yang berkemahiran dalam sesuatu kerja pada hakikatnya ialah seorang yang berilmu. Mereka layak dihormati dan diberi pengiktirafan seperti juga mereka yang berkelayakan akademik.
Tadbir Urus
suntingDi Malaysia, pengajian vokasional ditadbir urus oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) yang sebelum ini dikenali sebagai Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (MLVK). JPK merupakan badan yang mengeluarkan Standard Kemahiran Kerja Nasional (National Occupational Skills Standards - NOSS) dalam pelbagai bidang kemahiran. NOSS adalah spesifikasi kriteria yang melayakkan seseorang itu dianggap sebagai mahir pada tahap yang tertentu dalam sesuatu bidang.
Jenis dan Tahap
suntingsecara Amnya (JPK) membahagikan tahap vokasional kepada 5 tahap dari 1 hingga 5 di mana setiap tahap ditetapkan kriteria pencapaian yang tertentu. Seorang pekerja / pelajar vokasional yang lulus setiap tahap berkelayakan menerima Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) bagi Tahap tersebut. Maka dari situlah seorang pekerja boleh mencapai SKM Tahap 1, (SKM) Tahap 2, (SKM) Tahap 3, (SKM) Tahap 4 dan (SKM) Tahap 5.
Kelulusan (SKM) Tahap 3 diiktiraf sebagai sama taraf dengan Sijil, manakala (SKM) Tahap 5 diiktiraf sebagai sama tarafnya dengan Diploma dalam bidang berkenaan / berkaitan.
Unit pendidikan penganjur
sunting- Perguruan tinggi
Lihat pula
sunting- Pendidikan umum
- Pendidikan vokasional
- Pendidikan akademik
- Pendidikan profesional
- Pendidikan keagamaan
- Pendidikan khusus