Pengairan atau irigasi (bahasa Inggeris: irrigation) ialah kaedah pengaliran air di dalam tanah secara buatan yang bertujuan membantu pertumbuhan hasil tanaman, penyelenggaraan landskap, dan pemulihan tumbuh-tumbuhan di tanah-tanah yang terjejas oleh ketandusan hujan. Selain itu, pengairan juga banyak kegunaan lainnya dalam penghasilan tanaman, termasuk melindungi tanaman daripada fros,[1] menindas pertumbuhan rumpai dalam ladang bijiran[2] dan membantu membantutkan pengukuhan tanah.[3] Berbeza pula untuk pertanian yang hanya bergantung pada curahan hujan terus yang dikenali sebagai pertanian tanah kering atau suapan hujan. Sistem pengairan juga digunakan untuk penindasan habuk, pembuangan kumbahan, dan perlombongan. Pengairan sering dikaji bersama penyaliran, iaitu pemindahan air permukaan atau bawah permukaan dari kawasan tertentu secara semula jadi.

Jenis pengairan sunting

 
Pengairan gandum secara lembangan banjir.
 
Pengairan tanah di Punjab, Pakistan.

Terdapat berbagai-bagai jenis teknik pengairan yang bergantung pada cara air yang diperoleh dari puncanya ditabur ke dalam ladang. Secara amnya, matlamatnya adalah membekalkan air sama rata ke seluruh ladang agar setiap tumbuhan mendapat jumlah air yang diperlukan, tidak lebih dan tidak kurang.

Pengairan permukaan sunting

Dalam sistem pengairan permukaan, air mengalir di atas dan merentas darat secara aliran graviti ringkas untuk melembapkan darat serta menembusi tanah. Pengairan permukaan terdiri daripada jenis-jenis pengairan alur, jalur pinggir atau lembangan. Kaedah ini sering dipanggil pengairan banjir kerana boleh menyebabkan tanah pertanian terbanjir. Inilah kaedah pengairan tanah pertanian yang paling biasa digunakan sepanjang zaman.

Di mana paras air dari punca pengairan membenarkannya, parasnya dikawal oleh daik yang lazimnya disumbat oleh tanah, seperti yang sering dilihat di sawah padi berteres, di mana kaedah ini digunakan untuk membanjiri atau mengawal paras air di setiap sawah. Kadang-kadang, air dipam atau diangkut oleh tenaga manusia atau haiwan ke paras darat.

Pengairan tersetempat sunting

 
Brass Impact type sprinkler head

Pengairan tersetempat adalah sistem penaburan air bertekanan rendah melalui rangkaian paip dalam pola yang tertentu, and digunakan sebagai pencurahan kecil ke arah atau tepi setiap tanaman. Pengairan titis, sembur dan penggelembung adalah jenis-jenis pengairan tersetempat.[4]

Pengairan titis sunting

 
Penitis.
 
Pertanian anggur di Petrolina dijayakan di kawasan separa gersang ini hasil pengairan titis.

Dalam pengairan titis, air disampaikan titis demi titis ke kawasan akar tumbuhan. Jika diuruskan dengan betul, kaedah ini boleh dijadikan kaedah pengairan yang paling cekap air, kerana penyejatan dan pelarian air diminimumkan. Dalam pertanian moden, pengairan titis sering digabungkan dengan sungkup plastik yang mengurangkan lagi penyejatan sambil menyalurkan baja kepada tanaman. The process is known as pembaja-airan.

Pengairan renjisan sunting

 
Pengairan renjisan beri biru di Plainville, New York, AS.

Dalam kaedah pengairan renjisan, air disalurkan ke lokasi pusat ladang lalu ditaburkan oleh perenjis atas bertekanan tinggi. Sistem yang menggunakan perenjis, penyembur atau penembak dipasang di atas salur penaik yang terpasang tetap dikenali sebagai sistem pengairan solid-set. Perenjis bertekanan lebih tinggi yang berputar adalah rotor yang dipacu oleh pemacu bebola, pemacu gear, atau mekanisme impak. Rotor boleh direka untuk berputar sepenuh atau separa bulatan. Penembak serupa dengan rotor tetapi selalunya beroperasi pada tekanan amat tinggi iaitu 40 hingga 130 lbf/in² (275 hingga 900 kPa) dan mengalirkan 50 hingga 1200 galon AS seminit (3 hingga 76 liter sesaat), biasanya dengan garis pusat muncung sepanjang 0.5 hingga 1.9 inci (10 hingga 50 mm). Penembak bukan sahaja digunakan untuk pengairan, bahkan juga untuk kegunaan industri seperti penindasan habuk dan pembalakan.

Pengairan pangsi pusat sunting

 
Pusat sistem pengairan pangsi pusat.
 
Perenjis aplikator pangsi bergaya pemutar.

Pengairan pangsi pusat adalah sebentuk pengairan renjisan yang terdiri daripada beberapa segmen paip (biasanay keluli atau aluminum tergalvani) yang bersambung-sambung dan disokong oleh kekuda, dipasang pada menara beroda dengan perenjis yang diaturkan sepanjang panjangnya. Sistem ini bergerak dalam pola bulatan dan disuap air dari titik pangsi ke pusat lengkoknya. Sistem ini membolehkan pengairan di setiap jenis rupa bumi.

Pengairan gerakan sisian (guling sisi, garis roda) sunting

Rantaian paip-paip, setiap paipnya terpasang sebiji roda berdiameter 1.5 m di tengah-tengah serta perenjis di sepanjang panjangnya, digandingkan bersama di satu tepi ladang. Air disalurkan di satu hujung dengan menggunakan hos besar. Setelah mencurahkan air yang cukup, hos itu ditanggalkan dan himpunan yang tinggal diputarkan dengan tangan atau mekanisme yang dibina khas, agar perenjis bergerak 10 m di seluruh ladang. Hosnya disambungkan semula. Proses diulang-ulang sehingga mencapai tepi ladang yang bertentangan. Sistem ini tidak semahal memasang pangsi pusat, tetapi lebih banyak menggunakan tenaga manusia, apatah lagi terhad oleh jumlah air yang dibawanya. Biasanya, paip aluminum 4 atau 5-inci (130 mm) digunakan dalam sistem ini. Salah satu ciri sistem gerakan sisian adalah terdiri daripada bahagian-bahagian yang mudah diputuskan. They are most often used for small or oddly shaped fields, such as those found in hilly or mountainous regions, or in regions where labor is inexpensive.

Pengairan subpermukaan sunting

Pengairan subpermukaan atau pengairan resapan telah lama digunakan untuk tanaman yang diusahakan di kawasan beraras air bumi tinggi, sebagai kaedah menaikkan aras air bumi secara buatan untuk membolehkan tanih dilembapkan dari zon akar tumbuhan. Selalunya, sistem ini terletak di padang rumput kekal di tanah pamah atau lembah sungai, dan digabungkan dengan prasarana penyaliran. Sistem stesen, terusan, tebat dan pintu pengepaman membolehkannya melaras paras air dalam serangkaian parit, dan dengan itu mengawal aras air bumi.

Pengairan subpermukaan juga digunakan di dalam rumah kaca komersil untuk tanaman berpasu. Air disalurkan dari bawah, diserap naik, dan air lebihan dikumpul untuk dikitar semula. Biasanya, larutan air dannutrien membanjiri bekas atau mengalir melalui paluh selama 10–20 minit, kemudian dipam kembali ke dalam tangki penyimpan untuk diguna semula. Pengairan subpermukaan dalam rumah kaca memerlukan kelengkapan dan pengurusan yang agak canggih dan mahal. Kelebihannya adalah pemeliharaan air dan nutrien, dan menjimat guna tenaga manusia melalui keperluan penyelenggaran dan pengautomatan sistem yang rendah.

Rujukan sunting

  1. ^ Snyder, R. L.; Melo-Abreu, J. P. (2005). "Frost protection: fundamentals, practice, and economics – Volume 1" (PDF). Food and Agriculture Organization of the United Nations. ISSN: 1684-8241. Unknown parameter |booktitle= ignored (bantuan)
  2. ^ Williams, J. F. "Managing Water for Weed Control in Rice". UC Davis, Department of Plant Sciences. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-04-03. Dicapai pada 2007-03-14. Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)
  3. ^ Arid environments becoming consolidated
  4. ^ Frenken, K. (2005). "Irrigation in Africa in figures – AQUASTAT Survey – 2005" (PDF). Food and Agriculture Organization of the United Nations. ISBN 92-5-105414-2. Dicapai pada 2007-03-14. Unknown parameter |booktitle= ignored (bantuan)

Pautan luar sunting

  Rencana ini menggabungkan dan menterjemah teks dari penerbitan sekarang di domain awamChisholm, Hugh, penyunting (1911). Encyclopædia Britannica (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-11). Cambridge University Press. Missing or empty |title= (bantuan)