Pengeboman Jos 2014

Pada 20 Mei 2014, dua bom meletup di Jos, Plateau, Nigeria, membunuh sekurang-kurangnya 118 orang dan mencederakan lebih daripada 56 orang yang lain.[1] Pengeboman pertama berlaku di kawasan pasar manakala pengeboman kedua berlaku berhampiran dengan stesen bas. Walaupun tiada kumpulan atau individu yang bertanggungjawab, serangan tersebut dipersalahkan ke atas Boko Haram.[2]

Latar belakang sunting

Penganut Kristian dan Muslim pernah mengalami beberapa konfrontasi di Jos pada tahun-tahun sebelumnya dan kumpulan pengganas Boko Haram juga bergiat aktif sebelum serangan tersebut.[1] Pada tahun 2012, beberapa buah gereja telah dibom oleh Boko Haram untuk cuba memulakan konflik agama antara Kristian dan Muslim.[1] Pada bulan sebelum serangan itu, Boko Haram telah menculik lebih 200 pelajar sekolah, walaupun Jos mempunyai dua serangan signifikan sejak 2012.[1] Sehari selepas pengeboman, 27 orang terbunuh dalam serangan di kawasan perkampungan.[2]

Serangan sunting

Dua buah kereta meletup dalam lingkungan masa 30 minit dimana pengeboman pertama berlaku pada pukul 3:00[1] manakala yang kedua pada pukul 3:30.[3] Letupan pertama berlaku di Pasar Terminus, di mana lebih lima puluh orang menjadi mangsa.[4] Di Terminus, terdapat hospital pendidikan, kedai, pejabat dan pasar sebelum kejadian serangan. Letupan kedua pula telah membunuh para penyelamat yang memberikan bantuan bagi kejadian letupan pertama.[1] Gumpalan asap hitam yang besar juga kelihatan[4] dan pengeboman ini mungkin bertujuan untuk mensasarkan lebih banyak mangsa korban.[1]

Selepas kejadian sunting

Ahli-ahli bomba dan para penyelamat cuba untuk tiba ke tapak pengeboman, tetapi "beribu-ribu" orang telah melarikan diri dari kawasan itu.[1] Bom-bom itu diletakkan dalam kedudukan untuk membunuh sebanyak mungkin mangsa tanpa mengira agama[1] dengan menggunakan teknik "letupan berturutan", dimana sebutir bom meletup manakala satu lagi bom meletup pada beberapa ketika kemudian, yang mensasarkan para penyelamat dan mangsa letupan awal.[3] Belia dan tentera membuat pusat pemeriksaan di kawasan itu, dengan menjalankan pencarian kenderaan.[1][5] Bilangan mangsa dijangka meningkat dan sesetengah mangsa telah terbakar sebelum dapat dikenal pasti.[3] Kiraan kematian berjumlah yang 46 dengan pantasnya meningkat kepada angka semasa 118 orang apabila sisa dan serpihan akibat pengeboman dibersihkan.[3]

Reaksi sunting

Presiden Nigeria, Goodluck Jonathan mengutuk kejadian pengeboman tersebut dan menggelarkannya sebagai "serangan yang tragik terhadap kebebasan manusia"[1] dan pihak pengebom sebagai "kejam dan jahat".[3] Jurucakap daripada Jabatan Negara Amerika Syarikat berkata kejadian pengeboman dan beberapa serangan terbaru ini dipersalahkan terhadap Boko Haram dimana ia adalah "tindakan pengganas yang tidak berhati perut"[2] manakala Setiausaha Luar Amerika Syarikat, William Hague menganggap serangan di Jos itu sebagai "jenayah yang tidak berperikemanusiaan dan pengecut".[2]

Rujukan sunting

  1. ^ a b c d e f g h i j k "Nigerian twin bomb explosions kill dozens in Jos". BBC. 20 Mei 2014. Dicapai pada 20 Mei 2014.
  2. ^ a b c d "Nigeria violence: 'Boko Haram' kill 27 in village attacks". BBC (dalam bahasa Inggeris). BBC. 21 Mei 2014. Dicapai pada 21 Mei 2014.
  3. ^ a b c d e Jonah, Adamu and Igboeroteonwu, Anamesere (20 Mei 2014). "Bombings kill at least 118 in Nigerian city of Jos". Reuters (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-05-20. Dicapai pada 21 Mei 2014.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  4. ^ a b "2 explosions hit bus station in central Nigeria city". Fox News (dalam bahasa Inggeris). 20 Mei 2014. Dicapai pada 20 Mei 2014.
  5. ^ Mark, Monica (21 Mei 2014). "Nigeria bombings leave over a hundred dead in city of Jos". The Guardian (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 21 Mei 2014.