Pengesahan dan penentusahan

Pengesahan dan penentusahan ("validasi" dan "verifikasi") adalah prosedur bebas yang digunakan bersama-sama untuk tujuan penilaian samada sesuatu produk, perkhidmatan atau sistem memenuhi keperluan dan spesifikasi dan memenuhi tujuan yang maksudkan [1]. Ini adalah komponen kritikal bagi sistem pengurusan kualiti seperti ISO 9000. Perkataan penetusahan (verification) dan pengesahan (validation) kadangkala didahului dengan "Bebas" (atau IV & V), menandakan bahawa pengesahan dan penentusahan dijalankan oleh pihak ketiga yang tidak berkepentingan.

Kadang kala validasi diungkapkan dengan pertanyaan "Adakah anda membina benda yang betul?" dan verifikasi dengan "Adakah anda membinanya dengan betul?". Dalam praktis, penggunaan terma-terma ini berbeza-beza. Kadang kala mereka boleh diguna pakai secara silih berganti.

Mengikut panduan PMBOK, sebuah standard IEEE, mendefinisikan istilah-istilah ini seperti berikut dalam edisi keempat :[2]

"Pengesahan atau Validasi. Jaminan bahawa sesuatu produk, servis, atau sistem memenuhi keperluan pelanggan dan pihak berkepentingan lain dikenalpasti. Ia seringkali melibatkan penerimaan dan kesesuaian dengan pelanggan luar. Berbeza dengan verifikasi".
"Penentusahan atau Verifikasi. Penilaian samada sesuatu produk, servis atau sistem mematuhi dengan peraturan, keperluan, spesifikasi atau syarat yang dikenakan. Ia seringkali adalah proses dalaman. Berbeza dengan validasi".

Gambaran Keseluruhan

sunting

Pengesahan adalah dimaksudkan untuk memeriksa samada sesuatu produk, servis, atau sistem (atau sebahagian daripadanya, atau ketetapan daripadanya) memenuhi ketetapan keperluan rekabentuk awal, spesifikasi dan peraturan. Dalam fasa pembangunan, prosedur pengesahan melibatkan aktivitimenjalankan ujian khas untuk memodelkan atau mensimulasi sebahagian, atau keseluruhan bagi sesuatu produk, servis, atau sistem, kemudian menjalankan satu kajian atau analisis terhadap keputusan model tersebut. Pada fasa pasca pembangunan, prosedur pengesahan melibatkan aktiviti ujian pengulangan yang kerap yang dirangka secara spesifik untuk memastikan bahawa produk, servis, atau sistem tersebut secara berterusan memenuhi keperluan rekabentuk awalan, spesifikasi, dan peraturan seiring dengan masa. Ia adalah satu proses di mana ia digunakan untuk menilai samada sesuatu produk, servis, atau sistem mematuhi dengan peraturan, spesifikasi, atau syarat yang dikenakan pada permulaan fasa pembangunan. Pengesahan boleh berlaku ketika pembangunan, penskalaan, atau pengeluaran. Ini seringkali adalah proses dalaman.

Pengsahihan adalah dimaksudkan untuk memeriksa samada pembangunan dan prosedur pengesahan untuk sesuatu produk, servis atau sistem (atau sebahagian daripadanya, atau ketetapan daripadanya) membawa kepada suatu produk, servis, atau sistem (atau sebahagian daripadanya, atau ketetapan daripadanya) yang memenuhi keperluan awalan, spesifikasi dan peraturan. Untuk sebuah aliran pembangunan atau aliran pengesahan, prosedur pengsahihan mungkin melibatkan aktiviti pemodelan samada aliran dan menggunakan simulasi untuk meramalkan kesilapan atau jurang yang mungkin membawa kepada ketidaksahan atau ketidaklengkapan pengesahan atau pembangunan untuk sesuatu produk, servis atau sistem (atau sebahagian daripadanya, atau ketetapan daripadanya). Suatu ketetapan keperluan pengesahan, spesifikasi, dan peraturan boleh digunakan sebagai asas untuk melayakkan suatu aliran pembangunan atau aliran pengesahan untuk suatu produk, servis, atau sistem (atau sebahagian daripadanya, atau ketetapan daripadanya). Prosedur pengesahan tambahan termasuk mereka yang direkabentuk secara spesifik untuk memastikan bahawa pengubahsuaian yang dilakukan terhadap aliran pembangunan yang ditauliahkan atau aliran pengesahan akan mempunyai kesan kepada penghasilan produk, servis, atau sistem (atau sebahagian daripadanya, atau ketetapan daripadanya) yang memenuhi keperluan rekabentuk awalan, spesifikasi, dan peraturan; Pengsahihan ini membantu untuk mengekalkan aliran supaya masih ditauliahkan. Ia adalah suatu proses untuk menetapkan bukti yang memberikan jaminan bertahap tinggi bahawa sesuatu produk, servis, atau sistem melakukan keperluan yang dimaksudkan. Ini biasa melibatkan penerimaan kesesuaian dengan pengguna akhir dan pihak berkepentingan yang lain. Ini biasanya adalah proses luaran.

Adalah mungkin untuk sesuatu produk lulus apabila disahkan tetapi gagal ketika disahihkan. Ini boleh berlaku apabila sesuatu produk dibina mengikut spesifikasi tetapi spesifikasi itu sendiri gagal untuk memenuhi keperluan pengguna

Bacaan lanjut

sunting

Majcen, N.; Taylor, P. (2010). "Practical examples on traceability, measurement uncertainty and validation in chemistry". 1 (ISBN 978-92-79-12021-3). European Union: 217. Cite journal requires |journal= (bantuan)

Pautan luar

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ Global Harmonization Task Force - Quality Management Systems - Process Validation Guidance (GHTF/SG3/N99-10:2004 (Edition 2) page 3
  2. ^ "IEEE Guide--Adoption of the Project Management Institute (PMI®) Standard A Guide to the Project Management Body of Knowledge (PMBOK® Guide)--Fourth Edition". m/s. 452. doi:10.1109/IEEESTD.2011.6086685. Dicapai pada 7 december 2012. Unknown parameter |lastname= ignored (bantuan); Check date values in: |accessdate= (bantuan)