Pengguna:Generasi 21/Kotak pasir

Generasi 21 sunting

Generasi 21 merupakan program yang melibatkan penyertaan antarabangsa dalam pelbagai aktiviti seni melibatkan remaja dalam kalangan generasi Z berusia 13 hingga 21 tahun daripada 5 buah negara iaitu Malaysia, Indonesia, Singapura, Thailand dan Brunei. Program Generasi 21 ini diilhamkan untuk mengangkat seni, sastera dan budaya dalam kalangan remaja generasi Z dan juga melihat kesinambungan pendidikan seni dalam seni, sastera dan budaya bagi membina jati diri generasi Z di masa depan. 

Anjuran & Kerjasama sunting

Program ini dianjurkan oleh Kelab Katarsis Seni dengan 7 kerjasama iaitu Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA), Kelab Deklamator Malaysia (DEKMAL), Balai Seni Negara (BSN), Koperasi SMK Seri Keramat dan Meja Poedjangga.

Objektif sunting

Objektif yang digariskan dalam program ini ialah : sunting

1.      Menjadikan seni, sastera budaya dan pendidikan sebagai satu wadah komunikasi bagi menjadikan elemen ini sebagai satu cara hidup di masa depan.

2.      Mencungkil dan memperkembangkan bakat seni melalui pelbagai aktiviti dan memberi pengalaman baru kepada remaja menghasilkan pameran visual dan aktiviti seni sastera dan budaya melibatkan peringkat yang lebih tinggi iaitu ke peringkat antarabangsa.

3.      Mempamerkan tahap kandungan dan hubungan antara karya dengan hubungan sosial, budaya dan pendidikan menerusi pameran, persembahan muzikalisasi, pengkaryaan dan pembentangan dapatan menerusi kajian dalam bidang seni visual dan seni budaya.

Tema sunting

Generasi Figura Budaya Kreatif sunting

Butiran Program sunting

Program ini akan dijalankan pada 1 Oktober 2021 hingga 30 Oktober 2021 bertempat di Pusat Pe lancongan Malaysia (MaTiC). Terdapat 6 aktiviti utama antaranya ialah:

1.    Pameran Seni Visual Antarabangsa Generasi 21- 1 Oktober 2021-31 Oktober 2021

2.     Bengkel Pengkaryaan Seni Visual- 26 dan 27 Oktober 2021

3.     Bengkel Apresiasi Sastera dan Budaya -28 Oktober 2021

4.     Pelancaran Program Generasi 21- 9 Oktober 2021

5.     Konsert Selusur Generasi 21 -10 Oktober 2021

6.     Bicara seni Generasi 21- 9 dan 10 Oktober 2021

Poster Aktiviti Program Generasi 21 sepanjang bulan Oktober 2021

 
Poster Aktiviti Program Generasi 21