Penglibatan wanita dalam politik Sarawak

Pendahuluan sunting

Wanita di zaman ambang kemodenan ini, semakin berkembang pesat sehaluan dengan kemodenan yang diperkenalkan. Antara perkembangan signifikan wanita yang dimaksudkan adalah seperti wanita semakin aktif mengambil bahagian dalam membuat keputusan berkaitan isu ekonomi, sosial dan pendidikan dalam negara [1].


Wanita mestilah diberi peluang untuk menyuarakan pendapat mereka dalam proses penggubalan polisi kerana perkara ini yang menonjolkan lagi demokrasi yang diamalkan di Malaysia iaitu kedua-dua jantina diberi peluang untuk menggubal polisi. Penggubalan dan penggamalan polisi kebiasaannya melibatkan setiap individu dalam negara ini tanpa mengira perbezaan jantina. Namun demikian, pada masa kini masih terdapat lagi suara-suara wanita terutamanya mereka daripada latar belakang yang bukan seperti wanita berfikiran maju di bandar.


Oleh itu, wanita daripada Sarawak terutamanya, haruslah diberi peluang untuk mengamalkan demokrasi dengan melibatkan diri dalam politik pada peringkat negeri sebelum memasuki peringkat kerajaan persekutuan.

Dinamik penglibatan wanita daripada Sarawak dalam Politik sunting

Kefahaman politik wanita daripada kawasan pedalaman sunting

Wanita daripada kawasan pedalaman di Sarawak terutamanya daerah-daerah yang kecil menunjukkan penglibatan politik yang kurang memberangsangkan berbanding wanita daripada kawasan bandar di Sarawak. Hal ini dikatakan demikian kerana, wanita daripada kawasan pedalaman di Sarawak didapati kurang mendapat pendedahan terhadap ilmu politik dan kepentingan menceburinya sebagai salah seorang rakyat di sebuah negara yang mengamalkan demokrasi seperti Malaysia. Wanita daripada kawasan pedalaman tidak diberi peluang untuk mendalami ilmu politik kerana stigma terhadap jantina mereka[2]. Stigma yang diletakkan terhadap jantina mereka adalah sebagai wanita mereka seharusnya mempelajari ilmu pengurusan rumah dan keluarga berbanding ilmu politik negara.


Wanita daripada kawasan pedalaman juga kurang atau terdapat segelintir yang langsung tidak mendapat pendidikan formal yang sewajarnya. Jika setiap wanita ini diberi peluang untuk mendapatkan pendidikan, mereka berkemungkinan besar dapat melawan untuk mendapatkan hak wajib mereka yang sewajarnya seperti hak bersuara, hak memberi pandangan dan hak untuk menceburi serta mengamalkan politik. Selain itu, wanita daripada kawasan-kawasan pedalaman di Sarawak juga mempunyai pelbagai cadangan penambahbaikan dan idea untuk diaplikasikan pada masa hadapan. Wanita daripada kawasan pedalaman tidak seharusnya dipandang enteng dan diabaikan daripada proses membuat keputusan dalam isu politik negara. Perkara ini adalah kerana tidak wujudnya demokrasi jika seseorang insan itu terlepas daripada menyuarakan pendapat mereka.


Tambahan pula, kebebasan berpolitik dalam kalangan kumpulan wanita minoriti wanita daripada kalangan kumpulan minoriti di Sarawak terutamanya minoriti berdasarkan kumpulan etnik masing-masing kebiasaannya dihalang daripada menceburi bidang politik[3]. Kepercayaan dan norma sosial sesetengah kumpulan etnik menghindarkan wanita mereka daripada melibatkan diri dalam politik. Hal ini kerana, norma sosial di Sarawak memainkan peranan dan memberi impak kepada masyarakat kerana masyarakat mestilah mematuhi dan patuh terhadap norma ini walaupun ianya tidak dipersetujui oleh orang ramai.

Impak keterlibatan wanita dari kalangan minoriti di Sarawak dalam politik Malaysia sunting

Keterlibatan wanita dari kalangan minoriti di Sarawak dalam politik Malaysia, memberi impak yang positif kepada pembangunan negara yang menyeru dan menggalakkan penglibatan lebih ramai wanita dalam politik negara. Penglibatan wanita dari kalangan minoriti dapat memperkayakan lagi representasi politik dari pelbagai aspek dalam membuat keputusan penting berkait isu-isu politik semasa. Wanita dari kalangan minoriti dalam politik dapat memastikan bahawa suara dan kepentingan kelompok ini diwakili secara keseluruhannya. Perkara ini dapat memastikan bahawa setiap kumpulan individu mengamalkan demokrasi mereka dengan menyuarakan pendapat masing-masing.


Wanita Sarawak terutamanya daripada kawasan pedalaman dan kumpulan etnik minoriti akan memberi impak yang positif terhadap sistem demokrasi negara yang diamalkan. Demokrasi akan tercapai sepenuhnya jika setiap wanita di Malaysia diberi peluang untuk melibatkan diri dalam proses-proses elektoral di negara ini.

  1. ^ Zakuan, U. A. (2022). Women in the House: Leadership in the Malaysian Parliament. Gombak: IIUM Press.
  2. ^ Stevens, A. (2007). Women, Power and Politics. Palgrave Macmillan. https://www.ajol.info/index.php/huria/article/view/204344/192714
  3. ^ OHCHR. (z.d.). OHCHR. II. Increase the understanding of minority issues in the context of promoting social inclusion and ensuring stable societies. https://www.ohchr.org/en/special-procedures/sr-minority-issues/ii-increase-understanding-minority-issues-context-promoting-social-inclusion-and-ensuring-stable