Penyembelihan Dade

Penyembelihan Dade (Dade massacre) merupakan suatu serangan utama orang Seminole terhadap pihak Tentera Darat Amerika Syarikat pada 28 Disember 1835 hasil kemuncakan pertikaian hak milik tanah dan pendudukan antara orang Seminole yang merupakan orang asli kawasan Florida dengan pihak Amerika Syarikat yang mengambil alih jajahan Florida dari Empayar Sepanyol.

Dua kompeni pimpinan Mejar Francis L. Dade sebanyak 110 orang askar diserang pahlawan-pahlawan Seminole ketika mereka bergerak dari Tampa ke Scola. Hanya tiga orang askar sahaja yang terselamat daripada serangan ini, seorang daripada mereka mati akibat kecederaan yang dialami keesokan harinya. Kejadian ini mendadak mencetuskan Perang Seminole Kedua.

Gambaran umum

sunting

Tentera Amerika Syarikat memiliki 11 kompeni, sekitar 550 tentera, ditempatkan di Florida. Fort King hanya memiliki satu kompeni tentera, dan ia dibimbangi bahawa mereka mungkin diatasi oleh puak Seminoles. Terdapat tiga kompeni di Fort Brooke, dengan dua lagi dijangka tiba bila-bila masa, dengan itu ia diputuskan bagi menghantar dua kompeni ke Fort King. Pada 23 Disember 1835 kedua kompeni, berjumlah 110 orang, meninggalkan Fort Brooke di bawan pimpinan Maj. Francis L. Dade. Puak Seminoles mengekori tentera berbaris selama lima hari.

Pihak Seminoles hanya kehilangan tiga orang denga lima tercedera.

Edwin De Courcey, salah seorang daripada ketiga-tiga askar yang terselamar ini diburu dan dibunuh oleh seorang Seminole pada hari berikutnya. Dua lain yang terselamat, Ransome Clarke dan Joseph Sprague, kembali ke Fort Brooke. Sprague tidak mampu memerikan kenyataan saksi kerana keadaannya yang mencari perlindungan di sebuah kolam ketika serangan hendap ini berlaku, hanya Clarke sahaja yang menceritakan kisah mengenai pertempuran tersebut dari sudut pandangan mereka.

Pada hari yang sama dengan Penyembelihan Dade, Osceola dan pengikutnya menembak dan membunuh Wiley Thompson dan enam orang askar lain dalam suatu serangan hendap di luar Fort King.[1] Berikutnya Mejar Ethan Allen Hitchcock diantara mereka yang menjumpai mayat kumpulan Dade pada Februari; Hitchcock menulis catatan menegnai keadaan mayat-mayat tersebut yang menyayat hati sambil meluahkan tidak puas hatinya dengan pertikaian tersebut:

"Pemerintah yang salah, dan merupakan punca utama penentangan berterusan oleh pihak Indian yang hanya mempertahankan negara mereka dari usaha kita untuk menguatkuasakan perjanjian palsu. Pihak peribumi menggunakan semua cara bagi mengelakkan perang, tetapi mereka dipaksa melakukannya oleh penindasan kerajaan kita."[2]

Pada 29 Disemberm Jeneral Clinch meninggalkan Fort Drane - sekitar dua puluh batu (32 km) barat laut Fort King - bersama 750 askar termasuk 500 askar kerahan yang bakal berakhir pada 1 January 1836. Mereka menuju ke arah kubu kuat Seminole di Teluk Withlacoochee (kini dikenali sebagai Tasik Tsala Apopka) di barat daya Sungai Withlacoochee. Apabila mereka sampai di sana, mereka tidak menjumpai tempat menyeberang, maka Clinch menyuruh tentera biasanya menyeberang sungai menggunakan kanu tunggal yang mereka jumpa. Sebaik sahaja mereka seberang dan berehat, pihak Seminole mula menyerang. Pihak tentera hanya dapat menyelamatkan diri dengan memasang bayonet dan menyerbu Seminoles, dengan korban empat orang mati dan 59 tercedera. Pihak militia memberikan perlindungan ketika anggota Tentera berundur menyeberangi sungai.[3]

Pada 6 januari 1836 satu kumpulan Seminoles menyerang ladang coontie milik William Cooley di New River , Broward County, Florida (kini Fort Lauderdale, Florida), membunuh isteri, anak dan guru anaknya. Penduduk lain kawasan New River dam county Biscayne Bay di selatan lari ke Key West.[4] Pada 17 Januari, sukarelawan dan pihak puak Seminoles bertembung di selatan St. Augustine di Ladang dan Kilang Gula Dunlawton dalam apa yang dikebnali sebagai Pertempuran Dunlawton. Pihak sukarelawan kehilangan empat orang dengan tiga belas cedera.[5] Pada 19 Januari 1836 sloop perang Tentera Laut USS Vandalia (1828) dihantar ke Teluk Tampa dari Pensacola. Pada hari yang sama 57 anggota Kor Marine di hantar dari Key West untuk membantu melindungi Fort Brooke.[6]

Rujukan

sunting
  1. ^ Missall Knetsch 71-72 Mahon 106 Thrapp. "Clark(e), Ransom". 280
  2. ^ Hitchcock, Ethan A. (1930). Grant Foreman (penyunting). A Traveler in Indian Territory: The Journal of Ethan Allen Hitchcock, Late Major-General in the United States Army. Cedar Rapids, Iowa: Torch. m/s. 120-131.
  3. ^ Missall 97-100
  4. ^ Vone Research.
  5. ^ Missall 100
  6. ^ Buker 1.