Perang China-Vietnam

Perang China–Vietnam (Vietnam: Chiến tranh biên giới Việt-Trung戰爭邊界越-中?), juga dikenali sebagai Perang Indochina Ketiga dan di China ia dikenali sebagai 对越自卫反击战 (duì yuè zìwèi fǎnjī zhàn) ("Serangan balas menentang Vietnam bagi mempertahankan diri"), adalah satu perang yang singkat tetapi berdarah yang berlaku pada tahun 1979 di sempadan di antara Republik Rakyat China dan Republik Sosialis Vietnam. China melancarkan serangan sebagai tindak balas kepada serangan dan pendudukan Kemboja oleh Vietnam, yang mana menamatkan pemerintahan rejim Khmer Rouge yang disokong oleh China.

Perang China-Vietnam (Perang Indochina Ketiga)
Berkaitan dengan Perang Dingin, Perang Kemboja-Vietnam

Serangan ke atas Vietnam oleh Republik Rakyat China.
Tarikh17 Februari, – 16 Mac, 1979
Lokasi
Keputusan Penerusan pendudukan Vietnam ke atas Kemboja
Pihak yang terlibat
Republik Rakyat China
China
Vietnam
Vietnam
Komandan dan pemimpin
Republik Rakyat China Yang Dezhi
Republik Rakyat China Xu Shiyou
Vietnam Văn Tiến Dũng
Kekuatan
200,000+ infantri PLA dan 400 buah kereta kebal dari Daerah Ketenteraan Kunming dan Guangzhou[1]
180,000 anggota tetap selain jumlah tidak diketahui daripada militia wilayah dan divisyen dari Tentera Darat Keselamatan Awam
Kerugian dan korban

Dakwaan China: 6,900 terbunuh, 15,000 cedera.
Dakwaan Vietnam dan media Barat: 26,000 terbunuh, 37,000 cedera dan 420 buah kereta kebal musnah [2]

[1][3]

Kurang 10,000[4]
Lebih 20,000 terbunuh dan cedera, China mendakwa 42,000 terbunuh

Vietnam mendakwa 10,000 orang awam terbunuh dan enggan mengeluarkan jumlah kematian tentera Vietnam [1]

Selepas serangan singkat ke Utara Vietnam, pasukan China berundur kira-kira sebulan kemudian. Kedua-dua pihak mendakwa mencapai kemenangan dalam Perang Indochina terakhir pada kurun ke-20; secara praktiknya, oleh kerana pasukan Vietnam kekal berada di Kemboja sehingga tahun 1989, boleh dikatakan China gagal mencapai matlamatnya dalam mengusir Vietnam daripada terlibat di dalam Kemboja.

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ a b c Zhang Xiaoming, (actually are thought to have been 200,000 with 400 - 550 tanks)"China's 1979 War with Vietnam: A Reassessment", China Quarterly, Issue no. 184 (December 2005), pp. 851-874. Zhang writes that: "Existing scholarship tends towards an estimate of as many as 25,000 PLA killed in action and another 37,000 wounded. Recently available Chinese sources categorize the PLA’s losses as 6,900 dead and some 15,000 injured, giving a total of 21,900 casualties from an invasion force of 200,000."
  2. ^ China's War With Việt Nam, 1979 King G. Chen, The Chinese People’s Liberation Army: “Short Arms and Slow Legs”
  3. ^ Introduction to Global Military History, By Jeremy Black, P. 215
  4. ^ China-Vietnam Border War, 30 Years Later

Pautan luar sunting

Sumber-sumber tambahan sunting