Perawan Pisces ialah komik drama berwarna karya Santa Fung yang diterbitkan oleh Kumpulan Art Square.[1]

Perawan Pisces
Maklumat penerbitan
PenerbitKumpulan Art Square
FormatBerwarna
GenreDrama
Cinta
Tarikh penerbitan2012
Watak utamaMina
Pasukan kreatif
KaryaSanta Fung

Sinopsis sunting

Apa rasanya apabila kehidupan sentiasa diselubungi ramalan zodiak? Ikuti kisah Mina, perawan yang kemaruk jadikan ramalan zodiak sebagai panduan kononnya. Segala aktiviti harian mestilah mengikut ramalan zodiak yang dibacanya.

Hinggalah taktala Mina bertemu jejaka pujaannya. Semua ramalan menjadi celaru, cinta haru-biru! Karya sulung romantis Santa Fung ini pasti membuatkan pembaca ingin mengetahui kesudahannya hingga ke halaman terakhir!

Rujukan sunting

  1. ^ "Laman Sesawang Gempak Starz". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-09-20. Dicapai pada 2012-11-10.