Perbadanan Islam Johor

Perbadanan Islam Johor (PIJ) ditubuhkan dengan nama asalnya Perbadanan Kemajuan Ekonomi Islam Negeri Johor (PKEINJ) oleh kerajaan negeri Johor pada 6 Mei 1976 seperti yang termaktub di bawah Seksyen 18 (1) Enakmen Perbadanan Kemajuan Ekonomi Islam Negeri Johor 1976 dan mula beroperasi pada 1 Januari 1977.

Perbadanan Islam Johor
Ditubuhkan1976 - Perbadanan Kemajuan Ekonomi Islam Negeri Johor 1995 - Perbadanan Islam Johor
Ibu pejabatT3.1, Bangunan PIJ, No. 26C, Jalan Rebana, Kebun Teh, 80250 Johor Bahru, Johor
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Seksyen 18 (1) Enakmen Perbadanan Kemajuan Ekonomi Islam Negeri Johor 1976 (pindaan) 1993

"Adalah menjadi kewajipan Perbadanan bagi memajukan, menggalakkan, memudahkan dan menyelenggarakan kemajuan tanah, kemajuan pertanian, perumahan, perusahaan, perlombongan dan perdagangan bagi maksud-maksud memajukan ekonomi orang-orang Islam dalam Negeri Johor"

Mesyuarat Lembaga Pengarah ke-49 bertarikh 18 Oktober 1994 memutuskan mulai 1 Januari 1995 untuk ‘mengkorporatkan’ aktiviti komersil PIJ dengan menubuhkan sebuah syarikat anak yang dinamakan PIJ Holdings Sdn. Bhd. (PIJ Holdings) (dahulunya dikenali sebagai Perisind Holdings) serta kumpulan. Ini diikuti dengan perpindahan hampir kesemua aset PIJ kepada Kumpulan PIJ Holdings. Keputusan Lembaga Pengarah ini diluluskan oleh Kerajaan Negeri Johor dalam Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor pada 7 Disember 1994 yang dipengerusikan oleh YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Peranan Perbadanan Islam Johor dalam Negeri Johor sunting

  • Menjalankan segala kegiatan untuk perusahaan perdagangan dan industri, yang perjalanan baginya difikirkan dikehendaki, berfaedah atau mudah untuk atau berkenaan dengan menjalankan tugasnya yang tersebut itu, termasuk membuat, memasang, memproses, membungkus, memperingat dan memasarkan keluaran-keluaran, penyelidikan dan latihan
  • Menjalankan usaha-usaha pertanian, ternakan dan perlombongan
  • Menjalankan perniagaan, perumahan, perdagangan, perusahaan dan pemasaran
  • Menjalankan usaha-usaha penyelidikan, kajian dan latihan dalam bidang-bidang yang di atas
  • Menjalankan usahasama dan perkongsian dengan mana-mana badan pertubuhan atau orang perseorangan bagi kegiatan-kegiatan seumpamanya
  • Menjalankan usaha-usaha pelaburan
  • Membeli, menanggung beli atau memperolehi apa-apa saham dan syer; dan melepaskannya mengikut syarat-syarat yang ditentukan
  • Menjalankan kegiatan yang difikirkan perlu dan berfaedah