Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah

Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) adalah sebuah agensi yang ditubuhkan pada 25 Ogos 1965 di bawah Enakmen Kerajaan Negeri Kedah No. 5/1965 berperanan sebagai sebuah agensi yang diamanahkan bagi menjaga kepentingan Bumiputera dengan diawasi oleh Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MECD).

Sejarah sunting

Dalam menghadapi era pembangunan yang pesat kerajaan negeri Kedah Darul Aman telah mempelbagaikan kegiatan ekonominya. Bagi mencapai matlamat ini, pada 25 Ogos 1965, Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah telah ditubuhkan sebagai agen penggerak pembangunan dan sosial ekonomi. Di peringkat awal kemunculan, PKNK hanya beroperasi di sebuah ruang pejabat yang terletak di Bangunan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri di Alor Star. Sementara kakitangannya pula terdiri daripada pegawai-pegawai kerajaan yang dipinjamkan daripada Perkhidmatan Tadbir Negeri.

Kerajaan negeri telah mengeluarkan peruntukan tahunan bagi membantu Perbadanan membiayai kos pentadbiran dan memberi kuasa kepada PKNK untuk menjalankan projek pertamanya iaitu operasi kuari di Bukit Perak dan diikuti dengan pembangunan semula kawasan perniagaan ‘padang pasir’ sebagai sebuah kawasan perniagaan yang terancang dan teratur.

Kemajuan seterusnya dicapai hasil daripada program-program Perbadanan yang komprehensif. Pada bulan Februari 1968, PKNK berjaya memiliki pejabat sendiri yang pertama iaitu Bangunan UKIR yang terletak di Jalan Tunku Ibrahim, Alor Star. UKIR yang bermaksud ‘Untuk Kemajuan Iktisad Rakyat’ hingga kini menjadi inspirasi kepada Perbadanan untuk mengembangkan dimensi korporatnya. Kemajuan yang telah dicapai oleh Perbadanan turut meningkatkan imej korporatnya.

Pencapaian sunting

Kini Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) berjaya memiliki bangunan pejabat setinggi 14 tingkat di Jalan Sultan Badlishah, Alor Star yang dikenali sebagai Wisma PKNK.

Perbadanan juga merupakan peneraju dalam pembangunan ekonomi bagi Negeri Kedah Darul Aman. Perbadanan telah memainkan peranan penting dalam aktiviti perladangan, hartanah, perindustrian, pelaburan dan pelancongan di samping terlibat dalam aktiviti yang berbentuk tanggungjawab sosial. Selain itu, Perbadanan juga bertanggungjawab untuk membangun dan membantu usahawan Bumiputera di negeri Kedah khususnya.

Rujukan sunting

Pautan luar sunting