Perbincangan:Badak (nyahkekaburan)

Latest comment: 15 tahun lalu by Aurora in topic Badak vs. Badak Sumbu

Badak vs. Badak Sumbu sunting

Salam Yosri. Nampaknya anda masih tak faham.

  • Badak merujuk kepada mana-mana binatang dalam famili Rhinocerotidae.
  • Badak Sumbu pula merujuk kepada spesies khusus Rhinoceros sondaicus SAHAJA.

Dua kenyataan di atas ini bukan pendapat saya sendiri. Saya sudah rujuk sumber. Menurut Kamus Dewan:

badak I sj binatang mamalia dlm famili Rhinocerotidae, yg berkulit tebal dan bersumbu; [...] ~ gajah = ~ raya = ~ sumbu sj badak, Rhinoceros sondaicus;

Sumber Perhilitan pula:

Badak tergolong di dalam Order Perissodactyla dan famili Rhinocerotidae. Terdapat dua subfamili badak iaitu yang mempunyai satu sumbu dan yang mempunyai dua sumbu. Lima spesies badak yang ditemui iaitu Badak Hitam Diceros bicornis, Badak Putih Ceratotherium simum di Afrika, Badak Kerbau Dicerorhinus sumatrensis, Badak India Rhinoceros unicornis dan Badak Raya Rhinoceros sondaicus di Asia. Perkataan rhinoceros bermaksud ‘hidung yang mempunyai tanduk’. Ini amat bersesuaian memandangkan hanya spesies badak yang mempunyai sumbu di atas hidungnya.

Seperti kata Kamus Dewan tadi, Badak Gajah, Badak Raya, dan Badak Sumbu adalah sinonim dan merujuk kepada SATU species: Rhinoceros sondaicus. Perhilitan pun kata yang Badak Raya = Rhinoceros sondaicus. Oleh itu, fakta-fakta dari Kamus Dewan dan Perhilitan tidak saling bercanggah.

Bukan semua badak yang ada sumbu boleh dipanggil Badak Sumbu! Kesimpulannya, dari sumber-sumber ini, berikut ialah hierarki ringkas spesies badak:

  • Badak (Rhinocerotidae) [KDE4: sj binatang mamalia dlm famili Rhinocerotidae, Perhilitan: Badak tergolong di dalam Order Perissodactyla dan famili Rhinocerotidae]
    • Badak Hitam (Diceros bicornis) [Perhilitan: Badak Hitam Diceros bicornis]
    • Badak Putih (Ceratotherium simum) [Perhilitan: Badak Putih Ceratotherium simum di Afrika]
    • Badak Kerbau (Dicerorhinus sumatrensis) [Perhilitan: Badak Kerbau Dicerorhinus sumatrensis]
    • Badak India (Rhinoceros unicornis ) [Perhilitan: Badak India Rhinoceros unicornis]
    • Badak Gajah / Badak Raya / Badak Sumbu (Rhinoceros sondaicus) [KDE4: ~ gajah = ~ raya = ~ sumbu sj badak, Rhinoceros sondaicus, Perhilitan: Badak Raya Rhinoceros sondaicus di Asia]

Kalau anda tidak mempunyai sumber berautoriti yang menyatakan sebaliknya, saya akan anggap anda mengeluarkan pendapat sendiri (atau dalam kata lain: original research).—Aviator, 03:07, 28 Ogos 2008 (UTC)Balas

Dari takrifan Kamus Dewan, pemahaman saya ialah badak = Rhinocerotidae yang bersumbu. Kalau tengok gambarnya di wiki-en pun ada sumbu. Saya fikir masalahnya ialah bagi Aviator, badak sumbu = Rhinoceros sondaicus (KD), bagi Yosri pula, badak sumbu = rhinoceros (KIMD). Macam dua2 betul je. ...Aurora... (bincang) 10:00, 28 Ogos 2008 (UTC)Balas
Badak dalam bahasa Melayu merujuk kepada Suborder Ceratomorpha & , iaitu merangkumi badak sumbu (rhinoceros) + badak air (Hipopotamous) + badak cimpung/tampung (tenuk).

Semua badak yang bersumbu berada dalam keluarga rhinoceros; asal dari The word "rhinoceros" (ῤινόκερως) is derived from the Greek words ῥινός rhinos, meaning nose, and κέρας keras, meaning horn; http://en.wikipedia.org/wiki/Rhinoceros Oleh itu terjemahan saya berdasarkan famili name badak yang bersumbu (Badak sumbu) + namanya - Hitam, Putih, Kerbau, India, dan bukannya pendapat peribadi. Ini bersesuaian dengan kaedah pendekatan objektif. Yosri (bincang) 10:56, 28 Ogos 2008 (UTC)Balas

Ah, ya. Badak Air macam mana pula? Badak Air bukan dalam keluarga Rhinocerotidae, tapi Hippopotamidae. Bukankah menafikan kenyataan mula-mula bahawa badak adalah binatang dalam keluarga Rhinocerotidae? Senang sahaja. Secara teknikal, badak air BUKAN sejenis badak. Tak semestinya kalau namanya ada "badak" di depan, maka ia adalah sejenis badak. Itu kiasan saja. Sebab itu saya buat laman nyah-kekaburan ini, untuk membezakan yang teknikal dengan yang kiasan. Kalau nak ikut kaedah Yosri, ubat nyamuk itu sejenis ubatlah! Papan kekunci pula sejenis papan. Kaki bangku ialah sejenis kaki. Tahi bintang ialah sejenis tahi. Kelapa sawit ialah sejenis kelapa. Periuk kera ialah sejenis periuk. Bunga api ialah sejenis bunga. Orang utan ialah sejenis orang. Ikan paus ialah sejenis ikan. Kalau anda belajar sains di peringkat sekolah rendah, anda mesti mengakui bahawa ikan paus bukannya spesies ikan pun, tapi mamalia.—Aviator, 12:25, 28 Ogos 2008 (UTC)Balas


Haaa.... Haaa... Haaa... O.K. Sini kita kena pecahkan. Anda setuju semua di atas adalah badak sumbu. Oleh itu nama Badak Sumbu Hitam, Putih, India.... adalah valid.
Now step no dua. Badak air bukan keluarga Rhinocerotidae dalam pengelasan saintifik, tetapi dari segi bahasa ia telah dikumpulkan dalam gelaran badak berdasarkan bentuk dan ciri-cirinya melalui pengelasan bahasa. Ini adalah istilah warisan, jadi tak banyak kita boleh ubah mengenainya. Ini bukan perkara luar-biasa, kerana banyak burung yang mempunyai nama yang sama tetapi dalam famili berlainan, termasuk dalam bahasa Inggeris. Jadi bagi kes badak, kita kelaskan kesemuanya dalam laman badak (sebagi nyahkekaburan), dipecahkan kepada badak sumbu (famili Rhinocerotidae), badak air (Hippopotamidae) dan Badak Tampung. Begitu juga bagi istilah kaki bangku, ubat nyamuk, tahi bintang, kelapa sawit, orang utan, kesemuanya anda boleh letak dinyahkekaburan. Contoh, Perkataan orang juga digunakan dalam istilah-istilah berikut; orang dagang, orang asing, orang baru, orang rumah. Kaki pula dinyah kekaburan boleh merujuk kepada kaki untuk berjalan, kaki untuk memegang (kaki sotong kurita), kaki (seseorang yang asyik) kaki bola, kaki tipu, kaki judi, kaki sebagai peribahasa contoh, kaki bangku. Sila rujuk kamus mengenai cara penguraiannya. O.k. Ikan paus, telah saya jelaskan pada http://ms.wikipedia.org/wiki/Perbincangan_Pengguna:PM_Poon/1#Ikan_Paus_Bryde lama sebelum isu ini dipersoalkan. Saya jelaskan semua ini menurut fakta dan secara objektif, bukan subjektif /pendapat. Jadi salam dan selamat berpuasa...... Yosri (bincang) 15:53, 28 Ogos 2008 (UTC)Balas

Oi. Bila masa pula saya setuju Rhinocerotidae adalah Badak Sumbu? Saya tetap dengan kenyataan saya: Semua binatang Rhinocerotidae dipanggil Badak. Spesies Rhinoceros sondaicus sahaja dipanggil Badak Sumbu. Pemanggilan "Badak Sumbu Putih", "Badak Sumbu Hitam" langsung tak sah. Saya tolak bulat-bulat. Gunakan nama seperti yang telah dinyatakan dalam sumber-sumber rujukan: "Badak Putih", "Badak Hitam", dsb. Sudah terang lagi bersuluh. Satu lagi, siapa kata Badak Air adalah spesies Badak atau Ikan Paus adalah spesies Ikan boleh balik kampung. Haha.—Aviator, 16:38, 28 Ogos 2008 (UTC)Balas

Eh? Saya baru tengok rencana tentang ikan paus. Kenapa pula panggil haiwan paus? Semua orang panggil "ikan paus" la. Memang la ikan paus tu secara teknikalnya bukan ikan, tapi takkan la macam ni? Haiwan paus??? LOL!!1 Semua orang panggil "ikan paus", dan Kamus Dewan pun panggil "ikan paus". Kalau macam ni jadahnya sampai bila-bila WpMs takkan ada martabat. Pelik betul la korang ni.—Aviator, 16:51, 28 Ogos 2008 (UTC)Balas


Nampaknya anda tidak baca betul-betul. Pengelasan dari segi bahasa berbeza dari pengelasan saintifik. Siapa pulak kata badak air spesies badak (secara saintifik), hanya dari segi bahasa.
Sila baca definasi saintifik Rhinocerotidae di http://en.wikipedia.org/wiki/Rhinoceros
Definasi Badak pula baca http://en.wikipedia.org/wiki/Perissodactyla
Kenapa Haiwan Paus pula baca lihat Paus
Macam mana nak naik martabat, banyak yang bercakap dari menyumbang. Yosri (bincang) 17:52, 28 Ogos 2008 (UTC)Balas

Tak pernah hayat saya dengar orang panggil "haiwan paus". Boleh bayangkan kalau laman Badak jadi macam ini:

Badak boleh merujuk kepada:

Fikir-fikirkan sendiri.—Aviator, 12:24, 30 Ogos 2008 (UTC)Balas

Cadangan saya redirect Badak ke Badak Sumbu. Di dalam topik Badak Sumbu diletakkan pautan ke Cucuk badak dan lain2 yang berkaitan dengan badak. Kerana Badak juga merujuk kepada Badak Sumbu seperti dalam Wikipedia Indonesia. Tidak manis terlampau byk sangat laman nyahkekaburan kerana istilah badak tidak banyak merujuk kepada banyak benda.Kamalzack (bincang) 13:18, 30 Ogos 2008 (UTC)Balas

Dah cukup hujah dikemukakan. Cadangan saya ialah badak dijadikan laman nyahkekaburan kerana:

Habis cerita. ...Aurora... (bincang) 10:41, 31 Ogos 2008 (UTC)Balas

Memang keliru pada mulanya. Sekarang faham sedikit. Memang terdapat beza badak dan badak sumbu bukan begitu? Kalau boleh kembangkan lagi topik badak kerana yang ada sekarang terlampau sedikit. Nampaknya Wikipedia perlukan sumbangan mereka yang mahir dalam bidang Zoologi. Kamalzack (bincang) 11:19, 31 Ogos 2008 (UTC)Balas

Bukan begitu, Aurora. Pertimbangkan ini pula. Menurut KDE4:

  • Badak = Rhincerotidae
  • Badak Gajah = Badak Raya = Badak Sumbu = Rhinoceros sondaicus

Aviator, 16:51, 31 Ogos 2008 (UTC)Balas

Kan saya dah kata awal2, tak bolehkah kedua2nya betul? Anda seperti mengatakan KIMD salah. Badak Sumbu boleh jadi nama famili dan nama spesies. Malah jika lihat di wiki-en, rhinoceros merupakan nama famili dan nama genus. ...Aurora... (bincang) 09:57, 1 September 2008 (UTC)Balas
Saya kata KIMD kurang tepat ;) Tambahan pula, fakta KD disokong oleh Perhilitan.—Aviator, 10:02, 1 September 2008 (UTC)Balas
Kalau KIMD kurang tepat dan rhinoceros bukan badak sumbu, kena gubal balik apa yg diajar di sekolah2 :) ...Aurora... (bincang) 12:46, 2 September 2008 (UTC)Balas
Aurora, hujah apa ni? Pengarang Kamus Dewan tak pergi sekolah? Pegawai Perhilitan tak pergi sekolah?
Kalau nak ikut sukatan pelajaran sekolah, saya tuntut Pluto diklasifikasikan sebagai planet semula dan nombor negatif tiada punca kuasa dua.
Nanti saya fikirkan jalan penyelesaian yang terbaik untuk isu ini.—Aviator, 21:10, 2 September 2008 (UTC)Balas
Sekali lagi anda dengan senangnya tidak mengendahkan KIMD dan pengarangnya. Kamus Dewan dan Kamus Inggeris Melayu Dewan kedua-dua diterbitkan oleh DBP. Dan satu lagi fakta Perhilitan yg anda beri di atas dan KIMD juga tidak bercanggah. ...Aurora... (bincang) 10:46, 3 September 2008 (UTC)Balas
Hmm. OK lah. Saya yang lebih-lebih kot. Tapi sebelum ini saya tak pernah kata pun KIMD salah. Bila anda kata "anda seperti mengatakan KIMD salah" saya pula yang jadi keliru. Menurut anda lagi, KIMD kata "Rhinocerotidae = Rhinoceros = Badak Sumbu" walhal KIMD tak pernah sebut pasal Rhinocerotidae. Tak guna betul ;). Lagipun, ketiga-tiga sumber langsung tidak menyatakan hubungan antara Rhinocerotidae dan rhinoceros.
Begini. KIMD kata rhinoceros => badak sumbu. KD pula kata badak => Rhinocerotidae dan badak sumbu => Rhinoceros sondaicus. Ketiga-tiga fakta ini saling tidak bercanggah HANYA JIKA kita setuju bahawa Rhincerotidae ≠> rhinoceros. Sebab badak ≠> badak sumbu. Dengan itu, saya kekal dengan hujah awal saya.—Aviator, 12:05, 3 September 2008 (UTC)Balas

Maaf, saya ingat Rhinocerotidae = Rhinoceros sudah diterima semua. Fakta itu saya ambil dari wiki-en, tak tahu pula anda tidak setuju. Anda berkata Rhinocerotidae ≠ Rhinoceros dan badak ≠ badak sumbu, saya berkata sebaliknya pula (Rhinocerotidae = Rhinoceros = badak = badak sumbu). Sebabnya saya dah sebutkan di atas, badak sumbu boleh jadi nama famili dan nama spesies. Maka ketiga2 fakta di atas tetap tidak akan bercanggah.

Saya cuba cari hubungan Rhinocerotidae dan rhinoceros. Saya jumpa ini: versi BI & versi BM yang menyatakan Rhinocerotidae = rhinoceros = badak. Pening tak? Kalau nak pening lagi, tengok ini pula, yang mengatakan Rhinocerotidae = badak sumbu. ...Aurora... (bincang) 14:25, 3 September 2008 (UTC)Balas

Mencelah sikit, kalau badak air macamana pulak?? Haa hee huu... — Imran Al-Sahih (Perbincangan) 14:28, 3 September 2008 (UTC)Balas
Terima kasih Aurora. Saya akan jenguk pautan-pautan yang anda beri dan mencari penyelesaian. Sebagai peringatan tambahan, saya sekarang gunakan tanda anak panah (=>) bukan tanda sama (=) untuk mengelak kekeliruan dan mendekati semantik. A => B bermaksud "A adalah B, tapi B tak semestinya A". Dan A ≠> B bermaksud "A bukan B, tapi B tak semestinya bukan A". Nampak rumit sikit, tapi saya orang mantik, nak buat macam mana... harap ini dapat membantu sedikit sebanyak.
Kepada saudara Imran, anda boleh baca penerangan saya pada 28 Ogos. Jangan mencelah saja.—Aviator, 14:49, 3 September 2008 (UTC)Balas
Oh ok, baru paham. Maaf, saja je nak mencelah pada perbincangan lepas, he he hu. -__- — Imran Al-Sahih (Perbincangan) 15:02, 3 September 2008 (UTC)Balas
Haha.. Ini pendapat saya. Badak adalah perkataan atau nama yang merujuk kepada kedua-dua badak air dan badak sumbu. Ciri-cirinya, kaki pendek, badan besar, berbulu pendek dsb. Rhinocerotidae adalah badak sumbu dan badak hitam adalah species badak di dalam famili rhinocerotidae. Badak sumbu merujuk kepada badak yang bersumbu (badak air tidak ada sumbu). Namun laman badak tidak perlu dibuat laman nyahkekaburan, tetapi dijadikan laman peralihan ke laman badak sumbu. Pada laman badak sumbu, letakkan kegunaanlain untuk membawa ke rencana badak air. — kurkur[binc|sumb] 16:33, 3 September 2008 (UTC)Balas
Badak air bukan spesies badak.—Aviator, 16:53, 3 September 2008 (UTC)Balas
Wujudkah species badak? Hippopotamidae dan Rhinocerotidae kedua-duanya adalah badak. Dipanggil badak berdasarkan ciri-ciri yang saya nyatakan tadi. Tapi saya bukanlah seorang yang pakar mengenai perkara ini. Sekadar memberi pendapat. — kurkur[binc|sumb] 17:29, 3 September 2008 (UTC)Balas
Saya boleh terima cadangan kurkur, jadikan badak laman lencongan ke badak sumbu (Rhinocerotidae). Kemudian letak templat {{redirect|Badak}} di atas rencana tersebut. Rhinoceros sondaicus pula kekalkan di Badak Raya sebab Perhilitan gunakan nama itu. ...Aurora... (bincang) 10:36, 4 September 2008 (UTC)Balas

Kenapa? Kalau anda mahu nyatakan keluarga Badak Raya, haruskah anda tulis "Badak Raya adalah spesies badak" atau "Badak Raya adalah spesies badak sumbu"?

Perhilitan guna ayat yang pertama. Lihat pautan [1] dan [2] yang saya jumpa dari tapak web perhilitan. Mereka tak pernah guna istilah "badak sumbu". Petikan:

"Badak Kerbau mempunyai dua sumbu di atas baagian [sic] hidungnya. Merupakan spesies badak yang terkecil berbanding dengan empat lagi spesies badak yang terdapat di dunia (Badak Putih, Badak Hitam, Badak India dan Badak Jawa). Berwarna kelabu kehitaman serta mempunyai dua lipatan kulit iaitu pada bahu dan hujung perut. Spesies ini juga mempunyai bulu badan yang agak lebat berbanding dengan spesies badak yang lain."

Kalau anda semua tegaskan bahawa badak dan badak sumbu adalah sama, saya tuntut laman Badak Sumbu dilencongkan kepada Badak, bukan sebaliknya.

Perhilitan pun tak pernah sebut pasal badak air dalam petikan tadi. Kenapa? Sebab badak air bukan spesies badak...! Ini adalah fakta yang sahih dan diambil daripada sumber berautoriti. Kenapa mahu terima lagi pendapat peribadi yang belum tentu sah atau tidak? Kenyataan bahawa badak terdiri daripada kedua-dua Rhinocerotidae dan Hippopotamidae tak boleh dipakai sama sekali.

Saya mahu tanya anda, adakah kereta api sejenis kereta? Atau, adakah kapal terbang sejenis kapal? Adakah orang utan itu orang?—Aviator, 14:11, 4 September 2008 (UTC)Balas

"Badak Raya adalah spesies badak" atau "Badak Raya adalah spesies badak sumbu"? Dua-dua boleh. Perhilitan guna ayat pertama sebab jika anda perhatikan Perhilitan tak pernah sebut langsung perkataan "badak sumbu". Saya dah cari tapi tak jumpa, seolah2 mereka tak pernah dengar istilah itu atau mungkin sengaja tak nak gunakan. ...Aurora... (bincang) 14:39, 4 September 2008 (UTC)Balas

Cucur badak??? sunting

Kenapa cucur badak ada di dalam nyahkekaburan ini? Adakah orang panggil cucur badak sebagai badak sahaja? "Anda suka makan badak?". Saya rasa tidak sesuai. "Mungkin merujuk kepada..." adalah untuk perkataan yang mempunnyai dua maksud, atau merupakan "nama samaran" (tidak pasti apa perkataan yang sesuai) bagi benda lain. Saya rasa cucur badak perlu dikeluarkan daripada senarai nyahkekaburan ini. Sekadar cadangan dan pendapat. — kurkur[binc|sumb] 12:29, 3 September 2008 (UTC)Balas

Saya pun rasa begitu, tapi saya tak nak ubah sendiri sehingga isu penamaan di atas selesai. ...Aurora... (bincang) 14:25, 3 September 2008 (UTC)Balas
Itu sebab cucur badak juga dipanggil "kuih badak".—Aviator, 00:01, 4 September 2008 (UTC)Balas
Tapi orang takkan panggil ia badak bukan? "Sedap sungguh badak ini". Rasanya belum ada lagi orang panggil kuih badak atau cucur badak sebagai badak. — kurkur[binc|sumb] 08:26, 4 September 2008 (UTC)Balas
Yeke? Kadang-kadang saya pun panggil badak je :P. Betul. Tak tipu.
Entah. Dah namanya "kuih badak".—Aviator, 14:11, 4 September 2008 (UTC)Balas
Kembali ke laman "Badak (nyahkekaburan)".