Perbincangan:Bahasa pengaturcaraan

Latest comment: 17 tahun lalu by Aurora in topic Pembetulan ejaan dan istilah

Pembetulan ejaan dan istilah sunting

Saya cadangkan tajuk "Bahasa Pengaturcaraan" diubah kepada "Bahasa pengaturcaraan" (huruf kecil). Ini kerana istilah ini bukanlah sebuah kata nama khas. Sila rujuk KaryaNet. Aviator 02:23, 21 Oktober 2006 (UTC)Balas

Setelah melihat keseluruhan rencana, beberapa perkataan asing berikut diterjemah secara tepat:

  • "Programmer" ialah pengaturcara bukannya jurutatacara.
  • "Interpret" dalam istilah komputer lebih tepat diterjemah kepada "mentafsir" bukannya "menterjemah". Perkataan Inggeris yang membawa maksud "menterjemah" ialah "translate". Oleh itu, interpreter menjadi pentafsir, interpreted menjadi ditafsir dsb.
  • "Functional language" lebih tepat diterjemah kepada bahasa kefungsian bukannya bahasa fungsi. Sila rujuk kamus istilah komputer keluaran DBP.
  • Saya rasa perkataan "run" dalam istilah komputer tidak sesuai diterjemah sebagai "melarikan". Ada cadangan??

Selain itu, saya perbetulkan beberapa kesalahan tatabahasa seperti:

  • "Bahasa pengaturcaraan": walaupun ia istilah khusus, gunakannya sebagai kata nama am, bukan khas. Gunakan huruf kecil.
  • Penambahan imbuhan terhadap perkataan "atur cara" menjadikannya satu perkataan sahaja. Contoh: pengaturcaraan, mengaturcara dsb. Sebaliknya, jika tiada imbuhan, pisahkan perkataan tersebut ("atur cara").

Cadangan dialu-alukan.

run = jalan. Sumbangan anda amat dialu-alukan. ...Aurora... 06:19, 21 Oktober 2006 (UTC)Balas
Kembali ke laman "Bahasa pengaturcaraan".