Perbincangan:Bukit Lanjan

Tanah perkuburan Orang Asli Temuan di Damansara Damai diceroboh!!

Terdapat pihak yang sanggup menceroboh tanah perkuburan Orang Asli di Damansara Damai dengan membina sebuah pelantar pembacuh simen di situ untuk mengaut keuntungan. Pelantar pembacuh simen itu dibina betul-betul di atas tapak tanah perkuburan Orang Asli. Terdapat beberapa buah lori mengangkut simen berulang alik di situ membuatkan keadaan bertambah teruk apabila aktiviti mereka itu membuatkan tapak yang sepatutnya khas untuk perkuburan Orang Asli becak dan menyukarkan keluarga mendiang untuk melawat ahli keluarga mereka yang bersemadi di situ.

Mereka ini tidak mempunyai rasa hormat terhadap kawasan tanah perkuburan Orang Asli dan dengan sewenang-wenangnya membina sebuah pelantar pembancuh simen di tapak perkuburan milik Orang Asli. Di manakah nilai moral mereka ini? Sanggup menceroboh tapak tanah perkuburan Orang Asli semata-mata untuk mengaut keuntungan. Bukan itu sahaja tempat perkuburan ini telah menjadi tempat pembuangan sampah-sarap oleh mereka yang tidak bertanggungjawap ini.

Pihak Lembaga Adat Desa Temuan ( pihak yang bertanggungjawab menjaga kebajikan tanah perkuburan ini ) pula seakan-akan tidak ambil peduli tentang pencerobohan tanah perkuburan ini seolah-olah mereka telah menerima imbuhan daripada pihak yang bertanggungjawab membina pelantar simen tersebut. Adakah mereka sedar dan tidak ambil peduli anak, datuk dan ahli keluarga mereka yang bersemadi di situ semata-mata menerima imbuhan tertentu.

Sebagai seorang anak muda Orang Asli Temuan, saya tidak akan menutup mata dan membiarkan perkara ini berleluasa. Ramai ahli keluarga saya bersemadi di sini. Saya akan terus berusaha mendapatkan bantuan pihak berkuasa agar pelantar simen itu tidak lagi beroperasi di atas tapak perkuburan Orang Asli Temuan, di Damansara Damai.

Saya sudah tambah kotak yang menunjukkan tempat kubur Temuan itu di laman wikimapia <www.wikimapia.com>

Kembali ke laman "Bukit Lanjan".