Perbincangan:Bumiputera

Ulasan terkini: 13 tahun lalu oleh Coljames

Takrifan 'bumiputra' dalam ayat pertama rencana adalah salah kalau digunakan dalam konteks Malaysia. Ia mungkin betul bagi Sabah dan Sarawak iaitu penduduk asal sesuatu temppat, tetapi bagi Semenanjung Malaysia, siapa-siapa sahaja, tidak kira pada asalnya berasal dari Sumatra (Minang), Jawa, Sulawesi (Bugis), Kalimantan (Banjar), Pakistan, India (India Muslim) yang beragama Islam dan mengamalkan budaya Melayu akan digolongkan sebagai Melayu yang diklasifikasikan sebagai 'bumiputra'. Mungkin takrifan mengikut perlembagaan adalah lebih tepat sebagai mana yang dilakukan dalam Wikipedia Inggeris.

--Coljames (bincang) 22:25, 23 Ogos 2010 (UTC)Balas

Silalah betulkan. Jangan lupa sertakan rujukan sekali. Kalau rajin, mungkin boleh masukkan takrifan menurut Perlembagaan Brunei juga. ...Aurora... (b) 02:26, 24 Ogos 2010 (UTC)Balas
Maaf, saya sebenarnya nak mendapatkan pandangan orang ramai sebelum membuat apa-apa perubahan. Maklumlah, isu ini kerap menimbulkan kontroversi. BTW (apa terjemahan 'by the way' dalam Bahasa Melayu), saya juga baru mendapat tahu bahawa istilah 'bumiputra' juga digunakan di Brunei. Akan membaca maklumat dalam Wikipedia Inggeris sebelum menyunbang dalam rencana ini. Terima kasih atas maklumat tersebut. --Coljames (bincang) 11:16, 24 Ogos 2010 (UTC)Balas
Kembali ke laman "Bumiputera".