Perbincangan:Darjah Ahli Mahkota Perak (A.M.P)

Mengikut GARIS PANDUAN PENGANUGERAHAN DARJAH KEBESARAN, BINTANG, PINGAT-PINGAT SERTA TAULIAH JAKSA PENDAMAI YANG DIANUGERAHKAN DI NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN [1], syarat-syarat untuk penganugerahan Darjah Ahli Mahkota Perak (A.M.P.) adalah seperti berikut:

ª Darjah ini adalah peringkat keempat daripada kumpulan Darjah Yang Amat Mulia Paduka Mahkota Perak. Dikurniakan kepada sesiapa jua yang telah memberikan perkhidmatan yang cemerlang atau berbuat jasa kepada Negeri Perak.

ª Dikurniakan kepada Pegawai-Pegawai Kerajaan sekurang-kurangnya Gred 41 dan ke atas dalam Sistem Saraan Malaysia yang berkebolehan istimewa (exceptional merit) atau yang setaraf dengannya;

ª Dikurniakan kepada anggota-anggota Pasukan Tentera yang berpangkat Mejar/Kapten/Leftenan/Leftenan Muda (Tentera Darat), Leftenan Komander/Leftenan Madya/Leftenan Muda (Tentera Laut), Mejar TUDM/Kapten TUDM/Leftenan TUDM/Leftenan Muda (TUDM) atau yang setaraf dengannya; dan

ª Dikurniakan kepada anggota Pasukan Polis yang berpangkat Deputi Superintenden Polis (DSP)/Asisten Superintenden Polis (ASP) atau yang setaraf dengannya.

[1] http://epla.perak.gov.my/panduan1.pdf

Kembali ke laman "Darjah Ahli Mahkota Perak (A.M.P)".