Perbincangan:Kompleks Sungai Buloh

Kompleks Sungai Buloh ialah pusat beli-belah yang terdapat di Bandar Baru Sungai Buloh, Selangor, Malaysia. Dibuka pada tahun 1997. Pada ketika itu pusat beli-belah ini terkenal dengan Pasaraya Hiong Kong yang menjual barangan murah sehinggakan pengunjungnya datang dari Kuala Lumpur. Tetapi sekarang ini pungunjungnya tetap ramai dengan penyewa pasar raya baru iaitu The Store yang dibuka pada tahun 2006.

Anak syarikat milik penuh The Store Corp Bhd, The Store (Malaysia) Sdn Bhd (TSM), merancang mengambil alih hartanah di Shah Alam membabitkan sejumlah RM68.5 juta. TSM ialah penyewa utama, menduduki 43 peratus daripada jumlah keluasan yang boleh disewa, yang mepunyai kadar pendudukan kira-kira 95 peratus. Pada 14 September 2012, The Store (Malaysia) Sdn Bhd berjaya mengambil alih Kompleks Sungai Buloh daripada pemiliknya Tat Seng Fatt Holding Sdn Bhd.
Kembali ke laman "Kompleks Sungai Buloh".