Perbincangan:Maktab Rendah Sains Mara Sultan Azlan Shah, Kuala Kangsar

Latest comment: 7 tahun lalu by SYAMIL FARHAN in topic Sejarah Penubuhan (edisi 2015)

Sejarah Penubuhan (edisi 2015)

sunting

Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Sultan Azlan Shah dibina di kawasan yang strategik iaitu 10.9 km dan 10 minit dari plaza tol PLUS Kuala Kangsar. MRSM ini terletak di atas sebahagian Lot 2344, Liman Kati, Mukim Kota Lama Kiri, Daerah Kuala Kangsar di atas tanah seluas lebih kurang 50 ekar.

MRSM Sultan Azlan Shah telah menjadi nadi dan pemangkin kepada kemajuan pembangunan khususnya dalam bidang pendidikan di Mukim Kota Lama Kiri. Maktab ini yang mula dibina pada tahun 2009 telah memulakan operasinya dengan bilangan warga kerja perintis seramai 36 orang pada 6 Julai 2015. Pengetua pertama ialah Tuan Haji Shahrome bin Daud. Beliau merupakan anak jati kelahiran Mukim Kota Lama Kiri.

Pengambilan pelajar kumpulan pertama adalah Tingkatan 1 seramai 365 orang yang telah mendaftar pada 27 Julai 2015. Pelajar-pelajar ini terdiri daripada 184 orang pelajar MRSM Sultan Azlan Shah dikenali sebagai batch "Phyxius" dan 181 orang pelajar MRSM UA Sungai Besar dikenali sebagai batch "Zephyr".(penempatan sementara) SYAMIL FARHAN (bincang) 07:43, 9 Jun 2017 (UTC)Balas

Kembali ke laman "Maktab Rendah Sains Mara Sultan Azlan Shah, Kuala Kangsar".