Perbincangan:Mohamed Hatta Abu Bakar

Latest comment: 10 tahun lalu by Aurora in topic Penghapusan

Penghapusan sunting

Laman ini boleh diteruskan kerana terdapat fakta yang dikedepankan. 1) laman webnya wujud. 2) artikel yang disiarkan di dalam laman web Perancis yang dinyatakan wujud. 3) buku yang diterbitkan itu mempunyai siri ISBN dan ada di perpustakaan negara, PNM. Saya percaya penulis laman ini masih kurang arif berkaitan wikipedia dan tidak pandai memasukkan gambar, meletakkan pautan, nota kaki ataupun bibliografi, dan lain-lain. Mohon siasat dengan terperinci sebelum menghapuskan laman orang, nanti kita tidak membantu membangunkan sumber rujukan di sini.– komentar Wikipedia:Tandatangan oleh Suriati77 (bs).

Boleh nyatakan sumber rujukannya? Jika tak, rencana ini dikategorikan tidak notability. -- 莫哈末 (Wong) 13:06, 5 November 2013 (UTC)Balas

1. Laman web Peranchis yang pernah menyiarkan artikel beliau: http://www.homeoint.org/articles/malay/truemeaning.htm, http://www.homeoint.org/articles/malay/malaysia.htm, http://www.homeoint.org/photo/a/alhelmy.htm. 2. Mohamed Hatta Abu Bakar. 1997. Perubatan homoeopati. Banting: HBI Health & Homoeopathy Centre. 3. Biografi beliau ada di dalam buku Penawar Homeopati Pilihan cetakan 2000. Sila tuan ke Perpustakaan Negara Malaysia dan semak. Terima kasih. Saya juga masih baru dan tidak tahu bagaimana memasukkan rujukan ini. Sila ajarkan.– komentar Wikipedia:Tandatangan oleh Suriati77 (bs).

Untuk makluman Suriati77, Wikipedia bukan tempat memperkenalkan orang yg tidak terkenal. Jadi beliau perlu dibuktikan terkenal, sekurang2nya dalam bidang beliau, sebelum layak dimasukkan ke sini. Jika saudari tidak tahu bagaimana meletakkan sumber rujukan, sila baca tutorial yg disediakan. ...Aurora... (b) 08:28, 6 November 2013 (UTC)Balas

Homeopati sunting

Di sini saya telah memperbaiki keterangan mengenai istilah "homeopati" yang teruk berada di dalam wikipedia. Sumber yang saya gunakan ialah buku "Perubatan Homeopati" tulisan Mohamed Hatta juga. Saya tidak tahu jika saudara-i lebih mengetahui atau memikirkan cara lain yang terbaik bagi memberi maksud yang lebih tepat. Sekian. Semoga kita membangunkan ilmu dan tidak terlalu buruk sangka.– komentar Wikipedia:Tandatangan oleh Suriati77 (bs).

Mohon tuan edit artikel yang saya repair ini mengikut format terbaik wiki. T kasih tuan. Saya sedang belajar. Beberapa istilah ataupun komentari mengenai buku-buku akan cuba saya masukkan bila mana mempunyai masa berbuat demikian. – komentar Wikipedia:Tandatangan oleh 110.159.68.95 (bs).

TERIMA KASIH TUAN sunting

Mohon tuan edit artikel yang saya repair ini mengikut format terbaik wiki. T kasih tuan. Saya sedang belajar. Beberapa istilah ataupun komentari mengenai buku-buku akan cuba saya masukkan bila mana mempunyai masa berbuat demikian. – komentar Wikipedia:Tandatangan oleh Suriati77 (bs).

Kembali ke laman "Mohamed Hatta Abu Bakar".